• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mariah Carey Masuk Restoran Diiringi Lagu Sendiri

oleh AK-47
27/07/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI terkenal antarabangsa Mariah Carey dilaporkan menyuarakan permintaan tidak masuk ‘akal’ apabila meminta pengurusan sebuah restoran memainkan lagunya saat dia memasuki restoran tersebut.

Bagaimanapun, berita tersebut bukanlah sesuatu yang pelik buat pengamal media, kerana penyanyi ini sememangnya terkenal dengan sifat divanya.

Menurut sebuah laman antarabangsa, Mariah ketika ini sedang bercuti di Itali bersama tunangnya James Packer serta anak kembarnya, Moroccan dan Monroe.

#dembubbles

A photo posted by Mariah Carey (@mariahcarey) on Jul 21, 2016 at 7:16am PDT

Malah kelibat penyanyi ini bersama tunangnya juga dilihat memasuki sebuah restoran yang dikenali sebagai Ristorante Aurora di Capri untuk makan malam.

Difahamkan, menurut seorang sumber, saat pelantun lagu My All ini berjalan masuk ke dalam restoran tersebut, salah satu singlenya mula berkumandang di corong pembesar suara restoran berkenaan.

Mariah Carey Mainkan Lagu Sendiri Saat Memasuki Restoran

“Ada lagu yang mengiringinya masuk. Itulah Mariah Carey. Sudah pasti ada,” katanya kepada The New York Post.

Jelas sumber itu lagi, lagu-lagu Mariah kedengaran memenuhi ruang restoran tersebut ketika penyanyi itu bersama tunang dan lapan rakan mereka yang lain sedang menjamu selera.

Tambah sumber itu lagi, Mariah seorang yang berkarisma dan ramah dengan semua orang, malah penyanyi itu juga dilihat sempat merakamkna foto bersama peminat ciliknya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Mariah Carey
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mariah Carey Dikecam Tawaran Menyanyi Di Arab Saudi

05/02/2019
0

PENYANYI Amerika, Mariah Carey ditawar peluang untuk membuat persembahan di Arab Saudi bulan ini dan diterima dengan baik dengan harapan...

Mariah Carey Buat Persembahan Di Arab Saudi

27/01/2019
0

BERSEJARAH... Artis antarabangsa terkenal, Mariah Carey akan membuat persembahan di Arab Saudi buat julung-julung kalinya pada minggu depan. Penyanyi wanita...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd