• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Destinasi Pelancongan Islam Paling Popular

oleh Ahmad Albab
26/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Kajian sebuah portal pelancongan Islam, CrescentRating pada tahun lepas menunjukkan Malaysia kekal di tempat pertama destinasi pelancongan Islam paling popular dalam kalangan pelancong Islam di dunia.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata berdasarkan kajian berkenaan, Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan destinasi pelancongan Islam popular selama enam tahun berturut-turut.

Katanya banyak faktor menyebabkan Malaysia dikenali dan gemar dikunjungi pelancong pelbagai negara termasuk negara bukan Islam antaranya perkhidmatan mesra muslim seperti surau, sejadah dan tanda arah kiblat di hotel serta tempat awam.

“Mereka juga mudah mendapatkan makanan halal yang diberi sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan polisi visa yang dilaksanakan kerajaan kita lebih mesra terutama untuk pelancong dari negara Islam.

“Selain itu, faktor hubungan pesawat dari negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang mempunyai penerbangan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur juga merupakan faktor Malaysia gemar dikunjungi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Seminar Pelancongan Islam di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) di sini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islam MOTAC Zulkifly Md Said, Pengarah MOTAC Melaka Jeffri Munir, Pengarah Tourism Malaysia Melaka Amirul Ariffin Md Nasir dan Naib Canselor KUIM Prof Dr Mohd Taib Dora.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata promosi pemasaran yang giat dilaksanakan di negara Islam di Timur Tengah dan Asia Barat juga secara tidak langsung menarik minat pelancong Islam berkunjung ke Malaysia.

Beliau berkata berdasarkan rekod, pelancong dari Arab Saudi merupakan pelancong yang berbelanja tinggi ketika di negara ini dengan perbelanjaan RM9,459 perkapita diikuti Kuwait (RM8,490), Oman (RM7,900), Emiriyah Arab Bersatu (RM7,390) dan Iran (RM5,880).

“Berdasarkan situasi ini kedatangan pelancong Islam di negara ini disasarkan meningkat kepada purata 5.5 juta setahun pada masa akan datang berbanding purata 5.2 juta pada masa kini,” katanya.

Beliau berkata sasaran tersebut dijangka dapat dicapai menerusi sektor pelancongan masjid yang baharu diwujudkan sebagai satu daripada produk pelancongan di negara ini.

Katanya menerusi sektor baharu ini, pelancong Islam dan bukan Islam dibenar melakukan lawatan ke masjid di negara ini untuk melihat reka bentuk, seni bina, nilai sejarah, tempat wuduk dan ruang solat. – BERNAMA

Tags: Pelancongan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

Fi Pengecualian Pembaharuan Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjut 6 Bulan

Fi Pengecualian Pembaharuan Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjut 6 Bulan

29/06/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersetuju melanjutkan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd