• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelan Transformasi SPAD Dibentangkan Bulan Depan

oleh Ahmad Albab
26/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pelan transformasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang melibatkan perkhidmatan Uber dan Grabcar dijangka dibentangkan kepada Kabinet bulan depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Beliau berkata pada permulaan, pelan berkenaan dirancang dibentangkan pada mesyuarat Kabinet esok namun ia masih perlu diperhalusi.

“Kita perlu putuskan untuk rakyat. Kabinet kena tengok sama ada ia munasabah untuk dipertimbangkan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan nota serah tugas kepada Datuk Seri Azalina Othman Said pada jamuan Hari Raya Aidilfitri Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di sini hari ini.

Dalam penyusunan semula portfolio Jabatan Perdana Menteri, Azalina menggantikan Nancy yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang sebelum ini.

Sementara Nancy menyelia Agensi Inovasi Malaysia, Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia dan Kumpulan Industri Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) berkuat kuasa 28 Jun.

Menurut laporan media sebelum ini, SPAD dalam cadangan Program Transformasi Industri Teksi antara lain menjelaskan tentang perlunya membenarkan dari segi undang-undang perkhidmatan Uber dan GrabCar serta menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi.

Sebelum ini media turut melaporkan kes pergaduhan melibatkan pemandu teksi dan pemandu Uber dan GrabCar termasuk kejadian pemandu GrabCar diserang ketika mengambil penumpang di ibu kota.

Mengenai portfolio baharunya, Nancy berkata beliau akan memberikan tumpuan kepada usaha dan program inovasi termasuk menjalinkan kerjasama dengan negara luar. – BERNAMA

Tags: Nancy ShukriSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

06/08/2024
0

Kerajaan telah mengambil langkah penting ke arah meningkatkan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak dengan pelancaran rasmi Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) di...

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd