• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Ular Sawa Gemparkan Penduduk Sungai Lembu

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Penduduk kampung di sini digemparkan dengan kehadiran 16 ekor ular sawa yang sehingga kini menjadi misteri.

Ia bermula dari penyebaran satu klip video dan beberapa gambar sehingga menjadi viral, menunjukkan sekumpulan lelaki melepaskan kesemua ular di satu tempat yang dikatakan adalah sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Lembu pada 18 Julai lalu.

Keadaan itu mencetuskan kekecohan di kalangan penduduk dan pejalan kaki yang bimbang tentang keselamatan mereka.

Salah seorang daripada kumpulan lelaki itu kemudiannya tampil mendakwa kesemua ular tidak dilepaskan di Sungai Lembu atau mana-mana di Pulau Pinang.

Lelaki berkenaan yang mahu dikenali sebagai Goey enggan memberitahu di mana ular-ular sawa tersebut dilepaskan.

“Kita mahu berdiam diri mengenai perkara itu tetapi sejak seminggu yang lalu, ramai yang mengutuk perbuatan kami, yang kami lakukan dengan niat baik,” katanya.

Kumpulan lelaki itu membeli kesemua ular dari sebuah kedai haiwan perliharaan pada 16 Julai lalu dan ‘membebaskan’ haiwan reptilia yang disifatkan sebagai tindakan yang murni.

Goey berkata, wang yang digunakan untuk membeli ular itu adalah hasil sumbangan derma penganut Buddha.

“Kita hanya membantu untuk memenuhi hasrat mereka bagi membeli haiwan-haiwan dalam kurungan dan melepaskannya ke habitat semula jadi,” tambahnya.

Bagaimanapun, klip video yang menunjukkan sekumpulan lelaki membuka beberapa guni dan membebaskan ular bersaiz sederhana mencetuskan kekecohan di Sungai Lembu, kira-kira 20 minit perjalanan dari Bukit Mertajam.

Seorang pesara Tang Ching Swee, 51, yang juga aktif berjalan kaki berkata: “Kita mempunyai kira-kira 100 ahli yang akan berjalan melalui trek di Sungai Lembu hampir setiap hari.

“Laluan yang digunakan bersambung ke Hutan Simoan Cherok To’Kun yang mana ratusan pejalan kaki melaluinya setiap hari,” kata Tang yang sering mengamalkan aktiviti berjalan kaki sejak dua dekad lalu.

Seorang pekerja ladang getah, Chin Tee Aun, 51, turut menyuarakan kebimbangannya berada di ladang.

“Sebagai penoreh getah, kami akan memasuki kawasan itu biasanya dua kali sehari, pada waktu pagi dan petang. Kami tidak pernah menemui sebarang ular sawa tetapi kami amat berhati-hati dengan setiap langkah kami,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Yeo Keng Chuan berkata, pasukan bomba sukarelawan bersama-sama dengan penduduk kampung melakukan pencarian di empat kawasan di ladang kelapa sawit pada Ahad lalu tetapi tiada penemuan haiwan itu.

“Kita cuba untuk mengesan lokasi itu berdasarkan latar belakang yang dilihat dalam klip video berkenaan tetapi kita tidak dapat menentukan lokasi sebenar,” katanya. – mStar Online

Tags: Pulau Pinangular sawa
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd