• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 ‘Datuk’ Dalang Syarikat Skim Cepat Kaya

oleh Ahmad Albab
25/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua orang ‘Datuk’ antara 14 yang ditahan berkaitan dengan kes penipuan syarikat pelaburan skim cepat kaya dikenali sebagai ‘Highway Group’.

Mereka dipercayai dalang kumpulan ditahan minggu lepas yang terdiri dari sembilan lelaki dan lima wanita, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Mortadza Nazarene.

Mortadza memberitahu sidang akhbar di pejabatnya di Menara 238 di sini, 14 orang yang berusia dalam lingkungan 28 hingga 58 tahun ditahan dalam operasi yang dilaksanakan pada Rabu lalu di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Pahang, Kelantan dan Pulau Pinang.

Katanya polis telah menerima 175 laporan dari orang awam yang menjadi mangsa skim itu.

Enam daripada 14 orang itu ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), yang digunakan untuk mengawal penjenayah, kongsi gelap dan pengganas, manakala selebihnya ditahan bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Maklumat diperoleh mendapati lebih kurang 500,000 orang telah ‘melabur’ kira-kira RM35 juta dalam syarikat itu.

Kami percaya ada lagi mangsa yang belum membuat laporan polis dan saya mohon supaya mereka tampil ke depan,” kata Mortadza.

Polis telah mengesan beberapa orang lagi mengsa, dan percaya mangsa skim itu termasuk rakyat Brunei.

Pada masa yang sama pihaknya masih memburu beberapa lagi individu yang disyaki anggota sindiket dan masih bebas bagi membantu siasatan.

Mengulas kenyataan pelakon Adlin Aman Ramlie, 44, yang mendakwa beliau dipergunakan syarikat berkenaan untuk menarik pelabur, Mortadza berkata siasatan mengenai hal ini masih dijalankan.

Adlin menafikan beliau mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan pada sidang akhbar yang diadakan semalam selepas beliau memberi keterangan di Bukit Aman dan Balai Polis Dang Wangi pada Rabu lepas. – BERNAMA

Tags: skim cepat kaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suami, Isteri Masing-masing Dipenjara 12,640 Tahun

Suami, Isteri Masing-masing Dipenjara 12,640 Tahun

11/05/2023
0

BANGKOK: Mahkamah Thailand semalam menjatuhkan hukuman penjara 12,640 tahun terhadap suami isteri yang didapati bersalah menipu jutaan dolar daripada lebih...

MOF Nafi Dakwaan MySalam Skim Cepat Kaya

21/08/2019
0

PUTRAJAYA - Dakwaan yang mengatakan inisiatif perlindungan insurans MySalam sebagai skim cepat kaya merupakan satu tuduhan palsu sama sekali. Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd