• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PAS Seru Umat Islam Bantah Konsert Selena Gomez

oleh Ahmad Albab
25/07/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menuntut dan menyeru seluruh umat Islam terus konsisten tanpa rasa ragu, takut dan hina membantah penganjuran konsert oleh artis barat yang sengaja dianjurkan bagi menarik umat Islam menyertainya.

Ketua DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pihak yang membenarkan konsert artis barat itu perlu dikecam dan dibebankan dengan tanggungjawab yang besar di atas segala kerosakan yang akan berlaku terhadap golongan muda Islam.

“Diam daripada kecaman adalah kelemahan iman yang nyata. Menyokongnya pula adalah satu dosa yang nyata. Jangan kerana undi dan persaingan politik, kita bersedia melanggar hukum agama yang nyata di sisi agama,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.

PAS Pusat sebelum ini mengemukakan bantahan ke atas kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung penganjuran konsert Selena Gomez di negeri itu tetapi dipersendakan oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Malah, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyindir PAS di hadapan pihak media dengan berkata:

“Seksi adalah ciptaan Tuhan, ada orang seksi, ada yang tidak seksi, ada orang cantik, ada yang tidak cantik. Kenapa kita perlu kisah dengan keseksiannya dan bukan lirik atau lagunya?”

Jawapan itu menyebabkan para wartawan terutama wakil media propembangkang tertawa besar.

Nik Mohamad Abduh berkata, Islam membenarkan hiburan terhad kepada yang menggembirakan manusia serta merehatkan mereka dan melarang hiburan yang melalaikan, melibatkan zina, arak, dadah, pergaulan bebas dan peniruan terhadap cara hidup kuffar.

“Tiada satu pun nilai baik yang boleh dipetik dan diambil daripada konsert hiburan yang diimport dari barat kecuali sedikit yang boleh sahaja diperolehi melalui cara lain yang dibenarkan oleh agama.

“Selebihnya adalah nilai dan budaya hedonisme yang ditolak oleh ugama, bahkan secara jelas dan terbukti menjadi senjata dunia barat yang memusuhi Islam untuk melalaikan umat Islam,” katanya.

Justeru, katanya, DPPM menolak keras penganjuran konsert hiburan oleh artis barat di kawasan majoriti umat Islam kerana ia adalah agenda barat untuk menarik kehadiran umat Islam dan memerangkap mereka.

Bliau turut meminta kerajaan Persekutuan membantu menyediakan kemudahan dan memajukan industri hiburan alternatif Islam yang sedang giat berkembang di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kerajaan SelangorPemuda PASSelena Gomez
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas mempersoalkan pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung peluang untuk lepasan tahfiz memasuki institusi pendidikan tinggi...

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas merancang untuk mengadakan 'Himpunan Mempertahankan DYMM Tuanku Sultan Selangor' Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd