• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Karam: Niat Sambut Anak Sulung Berkecai

oleh Ahmad Albab
24/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Niat seorang lelaki untuk menyambut kelahiran anak sulung berkecai apabila isterinya yang sarat mengandung tujuh mati lemas dalam kejadian bot pancung karam di perairan Pantai Batu Layar, dekat Sungai Rengit, Kota Tinggi, malam tadi.

Moses Dacosta, 27, antara 34 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang terselamat dalam kejadian itu manakala isterinya Yolanda Serang, 22, antara mangsa mati lemas yang terawal ditemukan.

Menceritakan detik-detik cemas, Moses berkata sejurus berlepas dan berada kira-kira 1,000 meter dari kawasan pantai, enjin bot tiba-tiba tidak berfungsi menyebabkan bot tidak mampu bertahan apabila dipukul ombak kuat.

“Isteri saya juga tidak sempat diselamatkan walhal sebelum itu dia berada dalam pangkuan saya.

“Ia diibaratkan mimpi paling buruk kerana kami baru sahaja berkahwin setahun yang lalu dan merancang untuk menyambut kelahiran anak sulung di kampung halaman kami di Kupang (bersempadan dengan Timor Leste),” katanya dalam nada sayu ketika ditemui pemberita di Kompleks Kementerian Dalam Negeri Setia Tropika, di sini hari ini.

Akibat terlalu panik, ada daripada mereka tidak sempat berpaut pada badan bot menyebabkan masing-masing hanyut dibawa arus, kata Moses.

Seorang lagi mangsa, Mohd Yusof, 52, berkata dia menaiki bot pancung itu kerana ingin cepat pulang ke kampung halaman di Malang, Jawa Timur melalui Batam setelah mengetahui anak lelakinya kesempitan wang.

“Saya hanya bekerja di ladang lembu di Kuala Lumpur. Apabila anak menyuruh pulang, saya berasa tidak senang hati lalu membayar RM1,200 kepada tekong tempatan untuk pulang menggunakan bot,” katanya.

Mohd berkata dia menyangkakan perjalanan balik menggunakan bot itu selamat tetapi sangkaannya meleset setelah mendapati bot tidak stabil kerana dinaiki kira-kira 60 penumpang.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila bot pancung itu dipukul ombak setinggi dua meter lalu terbalik, katanya.

“Disebabkan panik, ada antara kami menjerit dan melaungkan azan tetapi saya cuba minta mereka bertenang. Kami membantu satu sama lain dengan cuba mengapungkan diri dan memegang tangan satu sama lain,” katanya.

Sementara itu di KOTA TINGGI, Pegawai Operasi Kanan I Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar Mohamad Nordin Sidek mengesahkan mayat seorang wanita yang ditemukan awal pagi ini didapati mengandung tujuh bulan berdasarkan hasil bedah siasat.

“Seorang lagi mayat mangsa bot karam ditemukan terdampar kira-kira dua kilometer dari kawasan pantai pada pukul 4.10 petang ini,” katanya.

Mohamad Nordin berkata penemuan terbaru itu menjadikan kesemua mangsa lemas yang telah ditemukan sebanyak lapan orang, dengan empat daripadanya dijumpai 9.55 malam tadi manakala empat lagi hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan pelbagai agensi itu masih diteruskan dan kini tertumpu di kawasan sepanjang dua kilometer dari persisiran Pantai Batu Layar. – BERNAMA

Tags: bot karam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

16/07/2023
0

SEMPORNA: Mangsa terakhir tragedi bot karam yang dilaporkan hilang di sekitar perairan Pulau Nusa Tengah, Jumaat ditemukan petang ini. Ikuti...

22 Maut Bot Karam Di Pantai Madagascar

22 Maut Bot Karam Di Pantai Madagascar

13/03/2023
0

ANTANANARIVO: Sekurang-kurangnya 22 pendatang maut apabila bot mereka karam di luar pantai Madagascar, lapor pihak berkuasa maritim. Ikuti Mynewshub: Telegram Pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd