• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suri Rumah Cedera Ditetak Selepas Disamun Di Kulim

oleh Ahmad Albab
24/07/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Seorang wanita berusia 40-an cedera di pergelangan tangan kanannya selepas ditetak lelaki tidak dikenali dalam kejadian samun di Taman Haruan, Kelang Lama di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira 7 pagi itu berlaku ketika mangsa hendak membuka pintu pagar rumah untuk menghantar tiga anak lelaki dan seorang anak perempuannya ke sekolah, sebelum didatangi seorang lelaki yang memakai topi keledar.

Anak lelaki mangsa, Kamarul Ashraf Kamarul Azman, 11, berkata ketika kejadian, dia bersama-sama abang dan kakaknya yang berusia 13 dan 15 tahun berada di dalam kereta sebelum ternampak ibu mereka bergelut dengan lelaki yang meragut beg tangan ibunya.

“Saya dengar ibu menjerit meminta pertolongan dari orang ramai sebelum lelaki terbabit menetak tangan ibu dengan sebilah parang,” katanya ketika ditemui hari ini.

Ibunya kemudian dihantar ke Hospital Kulim (HK) bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Supt Abdullah Arshad ketika dihubungi mengesah menerima laporan itu, dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun hingga mendatangkan kecederaan. – BERNAMA

Tags: diragutditetak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gubal Undang-undang Pastikan Kerajaan Kekal Hingga Akhir Penggal – Ahmad Zahid

Anggota Tentera Parah Ditetak Angkara Hutang

13/01/2024
0

MELAKA: Seorang anggota tentera berpangkat Koperal, cedera pergelangan tangan kiri akibat ditetak dengan parang oleh tiga individu tidak dikenali yang...

Lelaki Parah Ditetak Dengan Parang

15/02/2022
0

PONTIAN : Polis sedang mengesan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian menetak seorang lelaki di sebuah restoran di Bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd