• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nafi Kerajaan Pusat Tak Bantu Tangani Masalah Air

oleh Ahmad Albab
24/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menafikan dakwaan pihak pembangkang yang mendakwa Kerajaan Persekutuan tidak membantu kerajaan negeri dalam usaha untuk mengatasi masalah air di Kedah.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan sentiasa bersedia membantu namun dalam perkara ini bantuan yang akan diberikan adalah secara berperingkat kerana terdapat negeri-negeri lain yang turut memohon peruntukan.

“Bukan Kedah sahaja yang minta peruntukan, negeri-negeri lain juga ada minta peruntukan jadi kita kena tunggu giliran kerana bantuan bukannya datang sekali gus. Kalau nak kata tidak dapat bantuan, sebelum ini pun banyak bantuan yang telah kita dapat daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, hari ini.

Pada 20 Julai lalu, PAS Kedah dan Dewan Pemuda PAS Kedah telah menganjurkan
‘Himpunan Derita Rakyat Kedah’ berkenaan krisis air yang diadakan di hadapan loji rawatan air Kuala Nerang, antara lain mendakwa Kerajaan Pusat tidak memberikan peruntukan kepada Kedah dalam menangani krisis air di negeri ini.

Sementara itu, ditanya mengenai bantuan kerajaan negeri kepada mangsa-mangsa banjir, Ahmad Bashah berkata bentuk bantuan yang akan disalurkan belum diputuskan lagi dan perkara itu akan dibawa ke dalam mesyuarat exco akan datang.

“Kita masih melihat bentuk bantuan yang akan diberikan melalui Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) dan jumlah peruntukan juga akan ditentukan selepas mendapat jumlah sebenar mangsa banjir dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana mereka tahu berapa jumlah mangsa banjir yang terlibat.

“Selain itu, arahan telah dikeluarkan kepada pegawai daerah dan JKM daerah di Yan, Kuala Muda, Baling dan Pendang untuk bersedia sekiranya banjir berlaku lagi berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu. Walaupun banjir sudah surut, kita akan sentiasa pantau keadaan dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah menafikan dakwaan bahawa kesihatannya semakin merosot setelah dilihat beberapa kali memasuki hospital.

“Saya sihat dan tujuan ke hospital adalah untuk menjalankan pemeriksaan susulan selepas menjalani pembedahan. Memang selepas pembedahan kena pergi buat rawatan susulan dan itu arahan daripada doktor yang lebih pakar,” katanya.

Ahmad Bashah menjalani pembedahan kecil di Hospital Pulau Pinang pada 6 Jun lalu akibat komplikasi usus dan kembali bertugas pada 3 Julai lalu.

Beliau sebelum itu dimasukkan ke Kedah Medical Centre selepas pitam ketika menghadiri mesyuarat dengan Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Kedah pada 4 Jun lepas. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipahair
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

SPAN Pinda Akta 655, Cadang Larang Air Diguna Tujuan Tidak Penting

SPAN Pinda Akta 655, Cadang Larang Air Diguna Tujuan Tidak Penting

26/09/2023
0

PUTRAJAYA: Penggunaan air untuk tujuan tidak penting seperti menyiram rumput dan taman mungkin akan dikenakan sekatan selepas ini, terutama ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd