• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi Main ‘Dayung Bot’, Murid Tahun 5 Mati Lemas

oleh Ahmad Albab
23/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Kegembiraan tiga murid sekolah bermain ‘mendayung bot’ bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas selepas bot itu terbalik di pantai Kerupang dekat Taman Arena, Kg Kerupang di sini semalam.

Mayat mangsa dikenal pasti sebagai Aiman Ashraf Rashid, 11, murid tahun lima, ditemukan terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat tidak jauh dari Pulau Papan pada kira-kira 7.39 pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin berkata bot itu terbalik pada kira-kira 3.30 petang semasa mangsa, anak penjawat awam, bermain mendayung bot dengan dua rakannya di pantai tidak jauh dari rumah mereka.

“Bagaimanapun bot itu terbalik dan tenggelam apabila dipukul ombak manakala budak lelaki itu dihanyutkan arus. Dua rakannya berjaya menyelamatkan diri dan segera memaklumkan kepada ibu mangsa,” katanya.

Zainal berkata panggilan kecemasan diterima pada kira-kira 3.56 petang semalam dan operasi mencari dan menyelamat dengan dibantu anggota polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam , penduduk kampung dan anggota keluarga telah dilancarkan. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakmati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd