• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN: DAP Masih Tunggu Persetujuan Sekutu – Guan Eng

oleh Ahmad Albab
23/07/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP masih menunggu persetujuan daripada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan sebelum memutuskan untuk melaksanakan pilihan raya mengejut di negeri ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata namun pihaknya yakin rakan-rakannya dalam pakatan iaitu PKR dan Parti Amanah Negara sudah jelas tentang mengapa perlu diadakan pilihan raya negeri (PRN) pada masa ini.

“Kami akan adakan mesyuarat pada Ahad, sila tunggu pengumumannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Peringatan Dr Wu Lien-Teh di sini hari ini.

Rabu lepas, Lim berkata tidak akan mengambil keputusan secara unilateral berhubung PRN, malah akan meneruskan perbincangan dengan sekutunya dan akan memberikan masa secukupnya untuk mereka membuat pertimbangan, tapi tidaklah selamanya.

Baru-baru ini, media tempatan melaporkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy sebagai berkata DAP menyenaraikan dua pilihan sebagai respons kepada dua tuduhan rasuah yang dihadapi Lim, yang juga setiausaha agung DAP.

Pilihan pertama ialah mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengukur respons rakyat negeri ini terhadap tuduhan yang dikenakan ke atas Lim dan pilihan kedua ialah menunggu pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan tidak lewat daripada Ogos 2018.

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi dengan DAP menguasai 19 kerusi, PKR 10, Barisan Nasional (BN) 10 dan PAS 1.

Sementara itu, Lim berkata majlis penerangan mengenai isu ekonomi dan politik semasa bertajuk “Masa Depan Pulau Pinang” akan diadakan pada Isnin ini pukul 8.30 malam di Dewan Masyarakat Penyayang di sini.

“Panel pada malam itu adalah pemimpin-pemimpin kerajaan negeri dan beberapa penceramah undangan,” katanya.

Di TASEK GELUGOR, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata parti akan mengadakan mesyuarat esok di Sungai Besar, Selangor untuk membincangkan cadangan diadakan PRN mengejut itu.

“Dari segi rasmi, kami parti Amanah belum bincang berhubung perkara itu.

Kena tunggu esok baru tahu keputusan,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Amanah Pulau Pinang di Dewan Besar Sungai Dua, di sini hari ini.

Pengerusi Amanah Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa pula berkata pihaknya menunggu perincian daripada DAP mengenai mengapa perlu diadakan PRN kerana isu itu bukan hanya melibatkan negeri sebaliknya di peringkat nasional. – BERNAMA

Tags: Kerajaan Pulau PinangLim Guan EngPRN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd