• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Irma Hasmie Meninggal Dunia Pagi Jumaat

oleh AK-47
23/07/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAKZIAH diucapkan kepada pelakon dan pengacara Irma Hasmie atas kehilangan bapa tercinta Ibrahim Othman yang telah kembali ke rahmatullah, kira-kira 5.23 pagi Jumaat.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 63 tahun akibat kanser limfoma atau kelenjar di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Irma, 34, penyakit bapanya diketahui sejak Januari lalu hingga memerlukan allahyarham melakukan sesi kemoterapi setiap minggu.

Bapa Irma Hasmie Meninggal Dunia Pagi Jumaat
Ibrahim Othman

“Ayah saya menghembuskan nafas terakhir di HKL pagi (Jumaat) selepas kesihatannya merosot selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Pada mulanya ayah dirawat di Hospital Ampang dan kemudian dipindahkan ke HKL pada 12 Julai lalu kerana tahap kesihatan yang semakin merosot.

“Kami sekeluarga sudah reda kerana dia sakit sejak Januari lalu dan kami sudah bersedia untuk menerima segala kemungkinan.

“Penyakitnya menjadi lebih teruk dan merebak dengan pantas sehingga memberi kesan kepada anggota badan lain. Alhamdulillah dia pergi pada hari Jumaat yang barakah.

“Kami sekeluarga sentiasa ada perjumpaan sekali seminggu dan sejak akhir-akhir ini memang dia sudah banyak memberi nasihat kepada kami adik beradik,” katanya kepada mStar Online.

Jenazah allahyarham dikebumikan Tanah Perkuburan Bukit Cerakah, Shah Alam, Selangor selepas solat Jumaat.

Al-Fatihah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Irma hasmie
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Irma Hasmie Tolak Tawaran Berlakon, Lebih Masa Untuk Anak

09/08/2015
0

SEJAK kebelakangan ini, ramai barisan artis wanita tanah air mula berhijrah ke arah lebih baik dengan berhijab. Rentetan daripada itu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd