• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Biometrik Dilaksana Pantau Keselamatan Jemaah

oleh Ahmad Albab
22/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Arab Saudi melaksanakan sistem biometrik ke atas jemaah haji musim ini, kata Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani.

Beliau berkata langkah itu dibuat susulan tiga serangan bom di Jeddah, Qatif dan Madinah baru-baru ini.

“Kalau dahulu, kita hanya rekod ibu jari sahaja, tetapi kini Arab Saudi menetapkan syarat baharu di mana sistem biometrik terhadap 10 jari jemaah perlu direkodkan,” katanya kepada pemberita.

Beliau hadir pada kursus perdana haji peringkat negeri Johor anjuran Lembaga Tabung Haji yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini hari ini.

Seramai 22,320 jemaah haji Malaysia akan menunaikan haji menerusi 47 penerbangan Airbus A380 bermula 4 Ogos hingga 5 Sept ini, katanya.

Sementara itu Mohamed Khaled berkata seramai 2,700 jemaah dari Johor akan berangkat menunaikan haji dengan 400 orang daripada mereka menerima tajaan kerajaan negeri.

Beliau berkata mereka akan berlepas menerusi 11 penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai 4 Ogos hingga 5 Sept.

“Kali ini tiada penerbangan terus dari Senai ke Arab Saudi dan para jemaah negeri ini perlu menukar penerbangan dengan menaiki pesawat A380 di KLIA,” katanya. – BERNAMA

Tags: jemaah haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd