• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arab Saudi Muktamad Fatwa Pokemon GO Sah Haram

oleh AK-47
23/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA seluruh dunia dilanda demam Pokemon GO, Majlis Tertinggi Ulama Arab Saudi pula kembali menfatwakan permainan itu sebagai haram.

Baca: “Haramkan Pokemon Go”– Imam Dakwa Ia Melalaikan

Juga: Pokemon Tidak Islamik – Majlis Ulama Arab Saudi

Pada 2001 lalu, Arab Saudi pernah memutuskan bahawa permainan Pokemon yang awal diperkenal dalam bentuk kad sebagai haram kerana  mempunyai unsur perjudian.

Menurut seorang ahli Jawatankuasa Fatwa negara itu, Sheikh Saleh Al-Fozan berkata, versi terbaharu permainan tersebut mempunyai konsep yang sama seperti yang dikeluarkan 16 tahun lalu.

Selain itu, Arab Saudi turut menyifatkan permainan berkenaan mempunyai elemen penyesatan yang dilarang dalam Al-Quran seperti pemujaan berhala.

Ini kerana, individu yang bermain Pokemon GO perlu berjalan kaki mencari raksasa digital itu, seolah-olah sedang menyekutukan Allah.

Sementara itu, setiausaha rendah Universiti Al-Azhar di Mesir, Abbas Shumman, bersetuju dengan pengklasifikasian itu atas dasar ia boleh ‘membahayakan dan mengkhayalkan’.

Difahamkan, Pokemon GO belum dilancarkan secara rasmi di Arab Saudi namun pengguna sudah boleh memuat turun permainan itu.

Sebelum ini, pertubuhan Imam di Turki berharap permainan itu diharamkan dan percaya itu adalah senjata negara Barat untuk melalaikan orang Islam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Arab SaudiPokemon Go
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd