• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Di Madinah, Che Ta Batal Hasrat Tunai Umrah

oleh AK-47
23/07/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON, pengacara dan ahli perniagaan Rozita Che Wan yang sepatutnya berangkat ke Tanah Suci pada hari ini membatalkan hasratnya untuk menunaikan umrah.

Baca: Che Ta ‘Beraya’ Di Jerman, Republik Czech, Makkah

Juga: Anak Che Ta Dilantik Jadi Duta Produk Mini Me

Menurut Rozita atau mesra disapa Che Ta, keputusan itu dibuat berikutan visanya tidak diluluskan susulan insiden letupan yang berlaku berdekatan Masjid Nabawi, Madinah, baru-baru ini.

Serangan Di Madinah, Che Ta Batal Hasrat Tunai Umrah

“Sepatutnya esok (hari ini) kami bertolak. Tapi oleh kerana ada ancaman di Madinah, kami tak dapat pergi kerana visa tak diluluskan.

“Kami ke sana sebenarnya ada urusan penggambaran. Dalam masa yang sama, kami dapat menunaikan ibadah. Oleh kerana ancaman itu, kami tak dapat permit untuk bekerja.

“Sebenarnya kami di Tanah Suci 11 hari tapi penggambaran dua hari sahaja. Sebab itu saya setuju nak pergi. Tapi rezeki tiada.

“Jadi kami hanya sambung beraya di Malaysia sahaja,” kata Che Ta kepada Mynewshub ketika pelancaran Mini Me di Flora Terrace @Hampshire Place, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Sebelum ini, Che Ta ada memberitahu, dia bersama suami, Zain Saidin dan anaknya, Aaisyah Dhia Rana akan berangkat ke Tanah Suci menunaikan umrah pada 22 Julai ini setelah pulang bercuti dari Republic Czech dan Jerman.

Dalam pada itu, Che Ta turut bercerita mengenai perkembangan puterinya, Aaisyah yang lebih cenderung meminati beg tangan dari barangan mainan atau pun gajet.

Kata Che Ta, Aaisyah sangat gembira apabila masuk ke butik beg tangan bersamanya hingga membuat Che Ta membelikan beg tangan untuk anaknya itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Rozita Che Wan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Che Ta Menyesal Lambat Pakai Tudung

30/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Ketika ramai rakan artis lain kembali membuka hijab dengan pelbagai alasan, nampaknya pelakon dan pengacara Che Ta...

Permohonan Maaf Sehingga Jam 6 Petang, Kata Che Ta

15/03/2019
0

PELAKON, Rozita Che Wan atau Che Ta membuat sidang media berhubung bekas pemandu peribadi, Muhamad Riduan untuk permohonan maaf secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd