• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Supermodel Diburu Susulan Kematian Pegawai Kastam

oleh Ahmad Albab
23/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUPERMODEL terkenal Pakistan, Ayyan Ali, 22, kini diburu polis selepas disyaki terlibat dengan kematian seorang pegawai kastam yang menjadi saksi utama dalam kes penggubahan wang haram melibatkan model berkenaan.

Waran tangkap telah dikeluarkan oleh mahkamah di Rawalpindi selepas Chaudhry Ejaz Mahmood ditembak di luar rumahnya di Waris Khan, bulan lalu.

Arahan turut dikeluarkan untuk menangkap Ayyan dengan segera dan waran tangkap yang sama juga dikeluarkan kepada pegawai tinggi kastam, Supritendan Zargham dan seorang doktor, Dr. Haroon.

Supermodel Diburu Susulan Kematian Pegawai Kastam
Ayyan Ali

Chaudhry ditembak oleh dua lelaki yang tidak dikenali pada 2 Jun lalu dan meninggal dunia, dua hari selepas itu.

Sementara Ayyan pula telah ditangkap pada Mac 2015 oleh Kastam di Lapangan Terbang Benazir Bhutto selepas wang sebanyak $506,800 ditemui dalam begnya, iaitu lebih 50 kali jumlah yang dibenarkan dibawa masuk oleh pihak berkuasa.

Ayyan ditahan di penjara selama empat bulan sebelum dibebaskan. Dia bagaimanapun menafikan terlibat dalam penggubahan wang haram manakala Chaudhry merupakan pegawai kastam yang merampas wang tersebut di lapangan terbang. Kes itu masih belum selesai.

Kematian Chaudhry mendapat perhatian apabila balunya mendakwa suaminya itu dibunuh dalam usaha pihak tertentu untuk melindungi Ayyan.

Menurut balu Chaudhry, suaminya itu berdepan dengan tekanan yang hebat ketika mengendalikan kes penggubahan wang haram itu dan dia turut dimaklumkan beberapa lelaki telah meminta Chaudhry memberikan keterangan palsu bagi melindungi Ayyan.

Jelasnya, suaminya juga memaklumkan mereka mengancam untuk membunuhnya.

Sementara abang Chaudhry, Riaz Afzal pula berkata, selepas ditembak, doktor memaklumkan bahawa adiknya telah melepasi tahap bahaya sebelum dimasukkan ke bilik bedah atas permintaan pegawai kastam.

Kematiannya telah direkodkan sebagai cubaan merompak oleh polis di Waris Khan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Pakistansupermodel
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

20/04/2026
0

GOMBAK – Seorang banduan yang sebelum ini dilaporkan melarikan diri pada 9 April lalu berjaya ditangkap semula oleh pihak polis...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd