• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tetamu Majlis Kahwin Dilarang Rakam Gambar Pengantin

oleh
23/07/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Ratusan tetamu pada majlis perkahwinan sepasang pengantin Arab Saudi terperanjat apabila tuan rumah memaklumkan larangan merakamkan gambar menerusi telefon bimbit.

Bukan itu sahaja, satu sepanduk turut dipasang betul-betul di hadapan pintu masuk ke rumah pengantin tersebut yang memberi peringatan keras agar tetamu tidak merakam sebarang gambar dengan gajet pintar mereka.

“Sila maklum… Tiada rakaman gambar menerusi telefon selular dan tiada Snapchat. Anda diundang ke rumah saya namun saya juga ada hak kebebasan untuk memelihara urusan peribadi diri saya,” kata sepanduk berkenaan.

Tetamu Majlis Kahwin Dilarang Rakam Gambar Pengantin

Akhbar tempatan Sada yang dipetik portal berita Emirates247 melaporkan, sepanduk tersebut dipasang oleh ibu pengantin perempuan, Rabeia Al Shaabi, di kediaman wanita berkenaan di wilayah selatan Jazan baru-baru ini.

Ia memetik antara alasan keluarga tersebut melaksanakan langkah aneh itu susulan banyak laporan pencabulan hak peribadi secara berleluasa dalam kalangan masyarakat Arab Saudi menerusi Snapchat dan gajet elektronik lain.

Majlis perkahwinan di negara Asia Barat itu lazim berlangsung meriah dengan tarian tradisional dan hidangan makanan selain mahar untuk keluarga perempuan sebanyak 80,000 riyal (kira-kira RM86,816). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab SaudiSaudi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd