• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Penculikan Tak Jejas Aktiviti Nelayan Di Sandakan

oleh Ahmad Albab
20/07/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Aktiviti nelayan pesisir pantai dan laut dalam di daerah ini tidak terjejas biarpun berlaku insiden penculikan di perairan timur negeri ini.

Pengerusi Persatuan Perikanan Sandakan, Phua Peh Chee berkata bot nelayan keluar ke laut seperti biasa dengan mengikut masa perintah berkurung.

Katanya bagi bot nelayan laut dalam, ada yang mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sekiranya keluar ke laut ketika masa perintah berkurung berkuatkuasa.

“Bot nelayan laut dalam sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan memaklumkan pergerakan kepada pasukan keselamatan bagi memudahkan pemantauan keselamatan.

“Biarpun kes penculikan membabitkan kru bot nelayan berlaku di perairan Lahad Datu, kami di sini sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZOne) berkuatkuasa sehingga 22 Julai.

Perintah berkurung itu yang berkuatkuasa dari 7 malam hingga 5 pagi setiap hari membabitkan kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Semua ketua polis daerah di kawasan perintah berkurung mempunyai kuasa untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan serta laluan yang mendesak.

Tiga anggota kru warga negara Indonesia sebuah bot tunda menjadi mangsa culik satu kumpulan dari selatan Filipina dalam kejadian di perairan berhampiran Tungku di Felda Sahabat Lahad Datu pada 10 Julai lepas. – BERNAMA

Tags: penculikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

Belum Ada Panggilan Daripada Penculik

19/06/2019
0

KOTA KINABALU - Pihak berkuasa atau mana-mana pihak belum menerima sebarang panggilan daripada kumpulan bersenjata yang dilapor menculik 10 nelayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd