• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aplikasi Posmen Pintar Dilancar Ogos Ini

oleh Ahmad Albab
20/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aplikasi ‘Posmen Pintar’ yang akan dilancarkan Ogos ini akan digunakan oleh posmen bagi mengumpul data termasuk mengenai keadaan infrastruktur kawasan yang dilalui untuk makluman pihak berkaitan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata melalui aplikasi itu, posmen akan merekod data yang diperolehi sepanjang laluan yang digunakan semasa proses penghantaran dan data itu boleh digunakan untuk penambahbaikan infrastruktur kawasan terlibat.

“Contohnya, jika kawasan dalam laluan penghantaran itu mempunyai jalan yang tidak berturap, maka posmen akan merekodkan masalah itu dalam aplikasi tersebut.

“Data akan dikumpul dan ia boleh dijadikan sebagai bancian atau informasi kepada pihak tertentu dalam menambah baik keperluan masyarakat di kawasan yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Pos Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata ujian perintis aplikasi itu dilakukan di dua kawasan iaitu Kota Belud, Sabah dan Lundu, Sarawak untuk mengukur keberkesanan isyarat telekomunikasi tanpa wayar terutama di kawasan luar bandar bagi keperluan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

“Daripada pengumpulan data tersebut, SKMM dapat maklumat kawasan mana mempunyai isyarat Internet yang lemah dan daripada maklumat itu mereka mencari jalan meningkatkan telekomunikasi tanpa wayar dan internet di kawasan terlibat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Pos Malaysia akan membuka tujuh kaunter perkhidmatan pengeposan di beberapa buah hotel di Madinah dan Makkah antaranya di Al Wafideen, Rawdhat Al Shouroq, Manar Al Shouroq dan Qasr Al Janadiriyah.

“Kaunter itu akan beroperasi bermula 3 Ogos hingga 21 Okt ini selama tujuh hari seminggu dan akan ditutup selama lima hari pada Hari Wukuf iaitu dari 11 hingga 15 Sept,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jailani Johari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Dedahkan Data Peribadi Anda Di Media Sosial

22/04/2017
0

HULU TERENGGANU - Orang ramai sekali lagi diingatkan agar tidak sekali-kali mendedahkan maklumat peribadi mereka di media sosial. Mengingatkan demikian,...

Nilai Semula Akta Tandatangan Digital 1997 – Jailani

07/02/2017
0

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta menilai semula Akta Tandatangan Digital 1997 yang telah diguna pakai hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd