• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Interchange Dain Iskandar Ke Festival Filem Locarno

oleh AK-47
19/07/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INTERCHANGE, filem arahan Dain Iskandar Said mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas Festival Filem Locarno yang berpengkalan di Switzerland meletakkannya dalam senarai filem yang bakal ditayangkan di festival berprestij itu.

Justeru Dain Said dijemput menghadiri festival berkenaan bersama penerbit, Nandita Solomon. Turut berada dalam rombongan dari Malaysia kelak ialah pelakon Shaheizy Sam, Iedil Putra, pengarah fotografi Jordan Chiam (Terbaik Dari Langit) dan pengarah muzik Luka Kuncevic (Polis Evo).

Interchange Dain Iskandar Ke Festival Filem Locarno
Dain Iskandar Said bersama pelakon utama Interchange, Shaheizy Sam.

Pelakon Indonesia Nicholas Saputra dan Prisia Nasution yang turut membintangi Interchange juga diundang ke festival tersebut.

Filem kedua Dain Said ini akan ditayangkan pada 5 Ogos di Piazza Grande yang mampu memuatkan 8,000 penonton pada satu masa, serta di layar gergasi (26×14 meter) untuk tatapan seluruh pengunjung festival.

Festival Filem Locarno diwujudkan sejak tahun 1946 dan pernah menampilkan pengarah-pengarah terkemuka seperti Claude Chabrol, Stanley Kubrick, Miloš Forman, Béla Tarr, Chen Kaige, Alexandr Sokurov, Jim Jarmusch, Spike Lee, Ang Lee, Claire Denis, Kim Ki-Duk, Abbas Kiarostami dan ramai lagi.

Interchange yang dijadualkan menemui penonton di pawagam awal 2017 ini diterbitkan oleh Apparat dan dibiayai Sonneratia Capital, Malaysia Digital Economy Corporation (MDec) dan Seeing Eye Films dengan kerjasama Filem Nasional (FINAS).

Interchange juga diterbitkan bersama penerbit Indonesia, Cinesurya.

Filem seram supernatural ini menggabungkan pelakon-pelakon hebat Malaysia dan Indonesia seperti Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Prisia Nasution, Iedil Putra, Nadiya Nissa, Alvin Wong dan Chew Kin Wah.

Ia mengisahkan seorang detektif, Man (Shaheizy Sam) bersama rakannya jurufoto forensik Adam (Iedil Putra) terlibat dalam satu kes pembunuhan bersiri yang amat mengerikan sehingga ianya memberi igauan serta kesan amat mendalam kepada Adam.

Sejak itu Adam mula menyendiri dan menghindari dunia nyata dengan mengambil foto dari beranda apartmennya. Dari lensa kamera, Adam mengintip seorang wanita misteri dari Borneo yang baru sahaja berpindah ke apartment bertentangan, Iva (Prisia Nasution).

Interchange Dain Iskandar Ke Festival Filem Locarno
Aksi Nicholas Saputra dalam Interchange.

Tatkala itulah Adam diselinap masuk ke dalam dunia penuh misteri Iva. Pada masa sama, Man berjaya memecah kebuntuan kes-kes pembunuhan yang berlaku. Akhirnya, konflik dan pelbagai kejadian mistik, ngeri dan kepercayaan dahulukala mula menghantui mereka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Dain IskandarInterchange
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd