• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Wabak Denggi Dikenal Pasti Di Terengganu

oleh Ahmad Albab
19/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merekodkan tujuh kes demam denggi sepanjang Aidilfitri dengan dua lokasi wabak aktif iaitu di Kampung Kolam dan Jalan Bunga Tanjung, Kuala Ibai di sini.

Pengarahnya Dr. Mohammad Omar berkata lima kes direkodkan di Kampung Kolam dalam tempoh lapan hari wabak itu berlaku manakala dua kes direkodkan di Jalan Bunga Tanjung dalam tempoh 10 hari wabak tersebut.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan di kedua-dua lokaliti itu mendapati persekitarannya sangat tidak bersih menyebabkan ia sangat kondusif untuk pembiakan nyamuk Aedes.

“Saya sangat berharap orang ramai dapat meneruskan operasi mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran rumah mereka agar tiada lagi demam denggi dicatatkan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita pada majlis jamuan Aidilfitri Wisma Persekutuan di sini hari ini.

Setakat 18 Julai, terdapat 1,562 kes demam denggi direkodkan di seluruh negeri ini yang menunjukkan peningkatan sebanyak 186.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Dr. Mohammad berkata ia diperoleh hasil pemeriksaan di 138,272 premis yang dijalankan setakat ini dan terdapat 1,720 bekas positif pembiakan nyamuk Aedes di pelbagai jenis premis.

“Sebanyak 10,400 notis atau amaran pembersihan di bawah Seksyen 8 telah dikeluarkan kepada pemilik premis terbabit,” katanya.

Selain itu, beliau berkata 909 dari 985 Jawatan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh Terengganu telah berjaya menubuhkan program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) membanteras Aedes di kampung masing-masing.

“Namun penubuhan COMBI oleh JKKK di dua daerah masih rendah iaitu 69.9 peratus di Kuala Terengganu dan 85.9 peratus di Kuala Nerus.

“Jabatan akan meneruskan usaha memastikan semua JKKK menubuhkan COMBI secepat mungkin seperti saranan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman agar Terengganu tidak lagi merekodkan kes demam denggi yang banyak seperti awal tahun ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: denggiTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd