• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Ini Tahu Erti Pengorbanan

oleh Ahmad Albab
18/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kanak-kanak ini baru berusia lapan tahun namun dia rela berkorban demi ayah tercinta. Cao Yinpeng, dari Xuzhou, China menjadi penyelamat kepada ayahnya, Cao Lei, 35, dengan menderma tulang sum sum.

Bagi memastikan dia memenuhi syarat sebagai penderma, Cao Yinpeng perlu mengikut syarat yang ketat termasuk menambah berat badan supaya ia melebihi 44kg.

Dengan bantuan ibu dan guru-gurunya, berat Cao Yinpeng meningkat sebanyak 13kg iaitu daripada 34kg kepada 47kg hanya dalam masa dua bulan.

Selain mematuhi diet dan senaman yang ketat, kanak-kanak berkenaan juga terpaksa diasingkan daripada rakan-rakan sekelasnya jika salah seorang daripada mereka jatuh sakit.

Cao Yinpeng juga terpaksa menarik diri daripada beberapa acara sukan kegemarannya.

Bapanya, Cao Lei telah disahkan menghidap leukaemia pada Januari lalu selepas mengalami pitam dan mukanya menjadi pucat.

Hanya Cao Yinpeng yang sesuai menjadi penderma tulang sum sum manakala datuknya pula tidak boleh menderma disebabkan usia tua.

Pembedahan berkenaan kemudiannya dijalankan pada 6 Julai lalu dan ia berjalan lancar.

Cao Lei bagaimanapun perlu berada di bawah pemantauan dan ditempatkan di dalam wad yang diasingkan selama 12 hari sebagai protokol jika pemindahan itu ditolak oleh sistem badannya.

Tags: kanak-kanakpembedahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd