• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Anggota Polis Maut Ditembak Di Louisiana

oleh Ahmad Albab
18/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Seorang lelaki bersenjata menembak mati tiga anggota polis dan mencederakan tiga yang lain di Baton Rouge, ibu negeri Louisiana, kejadian terbaharu keganasan yang menyasarkan anggota keselamatan.

Pegawai polis di Baton Rouge terus bergegas sebaik menerima maklumat mengenai seorang lelaki membawa senjata api melepaskan tembakan kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan.

Dua pegawai polis Baton Rouge dan seorang Timbalan Sheriff terbunuh dalam kejadian itu.

Lelaki bersenjata turut terbunuh sebaik cuba melepaskan tembakan ke arah kumpulan pertama anggota polis yang tiba di tempat kejadian, kata Kolonel Mike Edmonson, superintendan polis di Louisiana State dalam sidang akhbarnya hari ini.

Suspek dikenal pasti sebagai Gavin Long dari Kansas City, Missouri, yang dipercayai bertindak bersendirian.

Setakat ini masih tidak jelas sama ada kejadian berkenaan ada kaitan dengan kejadian tembak menembak dan penahanan ekoran kejadian polis membunuh lelaki berkulit hitam sebelum ini.

Presiden Barack Obama mengutuk keras serangan terbaharu itu dan mahu keadilan dilaksanakan. Gabenor Louisiana, John Bel Edwards menyifatkan kejadian tembakan itu sebagai tidak bertamadun dan amat mengejutkan. – AFP/BH ONLINE

Tags: kes tembakWashington
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd