• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tubuh Parti Baharu Kerana Tak Diterima Pakatan Harapan

oleh Ahmad Albab
17/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG RENGAS – Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengganggap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu menubuhkan parti baharu kerana Pakatan Harapan tidak menerima beliau dan anaknya bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz untuk menjadi ahli.

Beliau berkata ini membuktikan Pakatan Harapan tidak boleh menerima pemimpin seperti Dr. Mahathir kerana mereka tahu niat beliau menyertai pakatan berkenaan adalah untuk menaikkan anaknya, Mukhriz.

Katanya ini terbukti apabila dalam Pakatan Harapan, Lim Kit Siang sebagai penasihat DAP sudah ada anaknya Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang manakala Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sudah mempunyai anaknya Nurul Izzah Anwar sebagai Naib Presiden PKR.

“Saya alu-alukan dia (Dr. Mahathir) tubuhkan parti politik baharu kerana ini merupakan amalan demokrasi dalam Parlimen dan saya nampak dia dah dengar cakap saya untuk tubuh parti baharu dan bukannya melaung di jalan dengan mengadakan demonstrasi kerana ia tidak ke mana dan itu bukan caranya.

“Tubuh parti apa pun, Barisan Nasional tetap akan lawan dalam pilihan raya nanti,” katanya dalam sidang media selepas majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Pemimpin di Taman Puncak Bougainvillea dekat sini, hari ini.

Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan mengulas kenyataan Dr. Mahathir pada Khamis lalu mengumumkan beliau akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi BN dalam pilihan raya umum ke-14.

“Sekarang ini mereka yang tiada rumah (parti) seperti ‘hantu raya’ sudah ada rumah baharu dengan menubuhkan parti baharu.

“Dengan adanya parti politik yang sah dan minta kebenaran polis, apa sahaja program boleh diadakan dengan mengikut peraturan,” katanya.

Beliau berharap rakyat menghormati Dr. Mahathir sebagai bekas perdana menteri tetapi jangan ikut cara beliau yang jelas ‘Melayu sudah lupa diri’. – BERNAMA

Tags: Mahathir MohamadNazri Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

11/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai...

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

09/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ketua Perwakilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd