• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sazzy Falak Bantu Projek Baju Raya Amal iM4U

oleh Ahmad Albab
17/07/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan pereka fesyen, Sazzy Falak atau nama sebenarnya Sazlini Shamsul Falak, 35, memberitahu bahawa dia kini giat membantu golongan anak yatim, ibu tunggal, warga tua dan golongan kurang upaya menerusi program yang dinamakan Fabrik Kasih.

“Program ini merupakan koleksi raya yang disediakan oleh pelajar dari empat kolej vokasional dan mereka telah menjahit sebanyak 275 pasang baju raya.

“Proses menyiapkan kesemua baju tersebut mengambil masa selama 6 bulan dan ia dilakukan di bawah bimbingan saya sepenuhnya,” kata Sazzy kepada Astro Gempak.

Program ini merupakan kolaborasi antara iM4U bersama Kumpulan Sunway dan empat kolej vokasional iaitu Kolej Vokasional Datuk Undang Mohd Sarip Rembau, Kolej Vokasional Sepang, Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Banting dan Kolej Vokasional Setapak.

Sazzy Falak Bantu Projek Baju Raya Amal iM4U

“Saya memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada mereka dari segi pemilihan fabrik, jenis jahitan, rekaan dan ukuran untuk membantu mereka menghasilkan ciptaan,” tambahnya.

Majlis Fabrik Kasih berlangsung di Sunway Putra Hotel pada 9 Jun 2016 lalu. Program tersebut bermula dengan pertunjukan fesyen yang diperagakan oleh kanak-kanak bersama penyampai radio iM4U FM.

Tujuan program ini dilakukan adalah untuk meraikan kemenangan Ramadan bersama mereka yang tidak bernasib baik dari Pusat Jagaan Titian OKU Nur, Rumah Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas, Persatuan Ibu Tunggal Warga Sabah dan Semenanjung dan Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih.

Program ini juga dijalankan bagi memeriahkan lagi sambutan Syawal dan mengeratkan hubungan sesama mereka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AidilfitriIM4Ujalinan kasihSyawal
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Isu Kekeliruan Tarikh 1 Syawal: Mufti Perak Jelaskan Takwim Hanya Panduan Awal

Isu Kekeliruan Tarikh 1 Syawal: Mufti Perak Jelaskan Takwim Hanya Panduan Awal

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub    IPOH – Jabatan Mufti Negeri Perak tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung kekeliruan orang ramai mengenai penetapan tarikh...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd