• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tolak Keganasan Daesh Guna Nama Islam

oleh Ahmad Albab
17/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ULAANBAATAR (Mongolia) – Malaysia menolak sebarang perlakuan keganasan dan jenayah ideologi yang dilakukan oleh Daesh menggunakan nama Islam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia, yang kini menahan 213 orang yang terlibat dalam kegiatan Daesh termasuk 27 warga asing, mengutuk perbuatan yang dilakukan kumpulan pengganas itu.

“Kita mengutuk perbuatan yang dilakukan oleh mereka, apatah lagi libatkan sama ada orang awam, wanita dan kanak-kanak Islam dan bukan Islam,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di akhir Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia Eropah (ASEM) ke-11 di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata pendirian Malaysia itu dinyatakan semasa sesi pemukiman ASEM yang berlangsung di ASEM Village di sini hari ini, dan menyeru salah tafsir terhadap ajaran Islam dapat diperbetulkan kerana Islam mengajar umatnya keamanan, keadilan, toleransi dan kebersamaan.

Pendirian Malaysia turut mendapat sokongan anggota ASEM lain, termasuk Indonesia yang menyatakan bahawa ia harus dilihat dari segi punca keganasan, katanya yang turut menawarkan pengalaman negara dalam menangani soal jenayah ideologi dengan negara-negara yang diancam keganasan.

Timbalan Perdana Menteri turut menyatakan para pemimpin ASEM mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan kebencian terhadap agama.

Malah, para pemimpin ASEM juga menyokong usaha mempromosi kesederhanaan oleh Pergerakan Kesederhanaan Global, satu inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentang sebarang bentuk ekstremisme, kata beliau.

Mengulas lanjut ancaman Daesh di Malaysia, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata anggota kumpulan itu ditahan atau dibicarakan di bawah beberapa akta, manakala 61 rakyat Malaysia dilaporkan berada di Syria dan 21 lagi telah meninggal dunia di Syria dan Iraq.

Mengenai Sidang Kemuncak itu, Ahmad Zahid berkata kerjasama antara kesemua 51 anggota ASEM amat penting kerana mereka merupakan kuasa ekonomi penting dengan menguasai 60 peratus ekonomi dunia.

“Kesimpulannya, dari segi kolaborasi, negara-negara anggota dapat menjalin kesepakatan global bersama, wujudkan keamanan, dan mengambil langkah bersama atasi keganasan, perlakuan jenayah terancang,” kata beliau.

Kesatuan Eropah akan menjadi tuan rumah ASEM ke-12 di Brussels, Belgium pada tahun 2018. – BERNAMA

Tags: DaeshZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd