• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Terima Anugerah Mansur Syah DMDI

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin  Yassin malam ini menerima Anugerah Mansur Syah Dunia Melayu Dunia Islam berikutan sumbangannya terhadap Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) sempena Konvensyen DMDI Ke-15 di sini.

Anugerah berbentuk selempang hitam dan sijil penghargaan itu disampaikan oleh Presiden DMDI Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Pada majlis sama, Muhyiddin menyampaikan Anugerah Tun Perak kepada Idris yang juga Pengerusi Biro Belia DMDI kerana jasa beliau terhadap pembangunan DMDI.

Dalam pada itu, empat individu menerima anugerah Temenggong Tun Hassan termasuk Sekretaris Daerah Sumatera Utara dan Ketua Harian Sekretariat DMDI Sumatera Utara Indonesia H. Nurdin Lubis, dan Timbalan Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka dan Setiausaha Biro Pendidikan DMDI Profesor Datuk Dr Baharudin Puteh.

Tujuh individu pula menerima Anugerah Hang Tuah dan tiga lagi menerima Anugerah Tun Fatimah.

Konvensyen DMDI itu, yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, dihadiri kira-kira 1,000 peserta dari 18 negara anggota DMDI temasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, China dan Afrika Selatan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

Tiga Beradik Tidak Tahu Sekolah Ditutup Maut Kemalangan, Motosikal Ditunggang Dalam Keadaan Jerebu

Tiga Beradik Tidak Tahu Sekolah Ditutup Maut Kemalangan, Motosikal Ditunggang Dalam Keadaan Jerebu

08/10/2026
0

PONTIAN - Tiga beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kampung Parit Haji Siraj,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd