• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siapa Ketua Pembangkang? Tun M, Wan Azizah, Anwar…

oleh
17/07/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suasana di Yayasan Kepimpinan Perdana di Presint 8 di sini lewat petang 14 Julai agak ‘sesak’ dengan ramai wartawan tempatan dan asing kerana khabarnya ada berita amat besar!

Malangnya berita yang diharapkan boleh ‘menggegarkan’ bumi Malaysia bukan sahaja indah khabar daripada rupa, malah entah apa-apa apabila langsung membosankan petugas media sehingga ada kata hanya banyak buang masa.

Inilah julung kali dalam sejarah, Tun Dr. Mahathir Mohamad hilang ‘aura’ apabila sidang akhbar yang diadakan sejurus mesyuarat lebih dua jam dengan beberapa pemimpin pembangkang ternyata hambar dan membosankan.

Asalnya, bekas naib ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan dua hari sebelum itu dengan ‘bersemangat’ mendakwa, mantan perdana menteri itu konon bakal menubuhkan sebuah parti politik terbaharu.

Ironi, apa yang berlaku, Mahathir tidak sahaja gagal mengumumkan parti yang akan diasaskannya itu, bahkan ‘bayangan’ parti tersebut pun tiada sama ada nama, logo, waima siapakah presidennya pun terpaksa dirahsiakan.

Beliau dengan selamba menyatakan hanya akan menjadi antara pengasas parti itu tetapi bukan penerajunya, sekali gus mencetuskan persoalan siapakah individu misteri ‘bertuah’ akan mengetuai parti ciptaan Mahathir tersebut.

Ini kerana bakal penyandangnya secara automatik dijangka menjadi ketua pembangkang baharu di Parlimen menggantikan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail iaitu isteri ‘musuhnya’, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baca: Tun M Umum Pakatan Pembangkang Baharu

Siapa Ketua Pembangkang? Tun M, Wan Azizah, Anwar...

Lucunya, ketika media propembangkang cuba memperbesarkan berita Mahathir akan menubuhkan parti baharu, tanpa disedari ia membuka agenda terancang beliau sebenarnya mengambil alih tugas sebagai ketua pembangkang.

Dalam istilah sains politik, tindakan Mahathir itu sebetulnya merupakan ‘hijack‘ atau rampas kuasa yang secara tidak langsung lain daripada apa dibayangkan oleh Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 12 Jun lalu.

Dalam mesyuarat itu, pemimpin DAP dan PAN dengan tegas menolak hasrat pihak tertentu menamakan bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua baharu mereka.

Ini bermakna mereka secara tidak langsung turut enggan menerima Mahathir sebagai ketua pembangkang apatah lagi mengambil alih daripada Wan Azizah yang suaminya menjadi mangsa utama kezaliman beliau pada 1998 lalu.

Perkara ini bukan rahsia baharu waima Wan Azizah bukan sahaja tidak hadir pada sidang media Mahathir tersebut, malah semua program yang menyaksikan kemunculan negarawan itu termasuk berkaitan dengan Deklarasi Rakyat.

Bayangkanlah Wan Azizah berada satu pentas dengan Mahathir semalam, inilah berita paling besar dan dianggap sudah cukup untuk menggerunkan Barisan Nasional (BN) sendiri apabila dua musuh ketat tampil boleh bersatu!

Anehnya ini tidak berlaku bahkan paling ketara ketika Himpunan Bantah GST di Dataran Merdeka pada 2 Mei lalu apabila Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah beredar sebaik menyedari Mahathir tiba di kawasan perhimpunan.

Baca: Kecewa Muhyiddin Gagal Ganti Azizah, Tun M Buka Parti Lain

Siapa Ketua Pembangkang? Tun M, Wan Azizah, Anwar...

Ini memberi isyarat jelas kepada Mahathir, walaupun mereka ‘berkongsi’ matlamat sama menjatuhkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14, namun keluarga Anwar tetap bermusuhan dan enggan memaafkan dosa Mahathir.

Persoalannya, apabila Mahathir pula kelihatan lebih beria-ria menonjolkan diri, timbul tanda tanya siapakah ketua pembangkang yang sepatutnya dan apa fungsi Wan Azizah apabila lebih kelihatan seperti tiada apa-apa peranan.

Jika Wan Azizah dianggap proksi suaminya yang terlucut jawatan ketua pembangkang setelah dihukum penjara atas kesalahan liwat, secara tersirat ketua parti baharu ciptaan Mahathir sebenarnya boleh dianggap ‘boneka’ Mahathir.

Jangan lupa, Mahathir sendiri menyatakan beliau tidak berminat menjadi ketua pembangkang kerana niatnya hanya mahu ‘guling’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum diubah kepada menumbangkan BN pula!

Hakikatnya, tindakan Mahathir mengumumkan pewujudan pakatan baharu tidak sahaja menyebabkan pihak pembangkang semakin lebih serabut, malah menggambarkan beliau mahu mengambil alih tugas Pakatan Harapan.

Ia terbukti apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam reaksinya tegas enggan menyertai pakatan Mahathir itu sekali gus membayangkan hanya PKR, DAP, PAN dan parti ciptaan Mahathir menjadi ahli komponen.

Masalahnya, sanggupkah Wan Azizah serah jawatan ketua pakatan dipegangnya kepada Mahathir yang digelar oleh suaminya sebagai Mahafiraun atau duduk semeja dalam kumpulan pembangkang baharu itu? – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd