• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ, PDRM, SPAD Selaras Sistem Saman Sepadu

oleh Ahmad Albab
15/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bertemu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk membincangkan mengenai penyelarasan sistem saman bagi ketiga-tiga agensi itu, selewat-lewatnya pada Jumaat depan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siron berkata langkah menyelaraskan sistem saman itu untuk membolehkan tindakan penguatkuasaan yang diambil secara bersepadu oleh JPJ, SPAD dan PDRM akan lebih terancang dan berkesan seterusnya menangani pesalah jalan raya yang terlepas daripada penguatkuasaan undang-undang.

“Ketika ini JPJ, SPAD dan PDRM mempunyai sistem berasingan dalam menjalankan operasi penguatkuasaan jalan dan ketiga-tiga agensi ini tidak mempunyai jalinan yang membolehkan untuk akses sistem saman antara satu sama lain dan perkara ini menimbulkan masalah untuk bertindak,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai ketiadaan tindakan JPJ ke atas pemandu dan bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di KM265.8 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora dekat Ipoh baru-baru ini, berikutan mempunyai saman tertunggak pelbagai kesalahan, sejak 2011 lagi.

Sebelum itu, Nadzri berkata kesemua saman terhadap pemandu dan bas ekspres itu bukan daripada JPJ tetapi dikeluarkan oleh pihak polis.

“Kesemua pemandu dan bas ekspres yang beroperasi di seluruh negara ketika ini bebas daripada senarai hitam jabatan itu,” kata Nadzri lagi.

Menurutnya, mengenai saman yang dikeluarkan oleh JPJ terhadap bas ekspres pada ketika ini, cuma atas kesalahan memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Namun masih terdapat kekangan bagi JPJ mengambil tindakan terhadap pesalah AES kerana sistem itu masih dalam proses pindaan untuk digabungkan dengan sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara).

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata pihaknya menyambut baik cadangan mengenai penyelarasan sistem saman yang membabitkan agensinya bersama JPJ dan polis itu.

“Usaha bersepadu ini sangat baik dan sudah tentu kami menyokong, dan kami juga sebenarnya juga merangka penyelesaian seperti sistem bersepadu yang membabitkan tiga agensi penguat kuasa ini bagi mengelakkan pertindihan penguatkuasaan,” katanya lagi.

Menurutnya, ketika ini tanpa sistem bersepadu, SPAD senada dengan JPJ iaitu sukar mengambil tindakan terhadap pemandu dan pengendali bas ekspres yang melakukan kesalahan trafik berikutan tidak mempunyai maklumat mengenai saman yang dikeluarkan oleh agensi penguat kuasa lain.

“Justeru, SPAD akan mengeluarkan lesen kepada pengusaha bas ekspres berdasarkan rekod dan pemeriksaan kami sendiri yang didapati pemandu dan kenderaan itu tidak memiliki kesalahan jalan raya,” katanya lagi.

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Dr. Marimuthu Nadason berkata kekerapan berlakunya kemalangan membabitkan bas, dikhuatiri menjejaskan usaha kerajaan untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam terutamanya bagi perjalanan yang jauh dan ketika musim perayaan.

Katanya, kemalangan yang kerap berlaku boleh mengikis keyakinan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan utama mereka.

Beliau berkata pengguna memerlukan perkhidmatan pengangkutan awam yang diyakini selamat dan kerajaan serta agensi penguat kuasa perlu lebih tegas dalam melaksanakan tugas mereka kerana ia melibatkan keselamatan nyawa ramai penumpang.

FOMCA berharap UNECE (Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Eropah) standard bagi bas, akan dikuatkuasakan secara meluas terutamanya tempat berlabuh, superstruktur dan tali pinggang keledar untuk penumpang di Malaysia.

“Kemalangan bas ekspres akibat kecuaian dan tahap keselamatan yang rendah seperti masalah teknikal bas juga perlu disifarkan,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), Prof. Dr. Wong Shaw Voon berkata pihaknya telah menghantar sepasukan penganalisa kemalangan ke lokasi kejadian berhampiran Terowong Menora selain memeriksa bas yang terlibat dalam kemalangan itu.

“Miros masih lagi menganalisis kemalangan itu, laporan lengkap akan diserahkan kepada Menteri Pengangkutan dalam masa terdekat,” katanya. – BERNAMA

Tags: JPJPDRMSPAD
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PEKAN – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer...

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd