• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Malaysia Duduki Ranking Ke-167 FIFA

oleh Ahmad Albab
15/07/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga aksi persahabatan skuad Harimau Malaysia pada Jelajah Oceania bulan lepas, memberi impak besar apabila naik enam anak tangga dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Berdasarkan ranking untuk Julai yang dikeluarkan FIFA hari ini, skuad kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee naik enam anak tangga ke posisi 167 berbanding 173 pada Jun.

Sebagai rekod, Malaysia berada pada kedudukan ke-171 pada Januari dan Februari, 166 (Mac) dan 174 (April dan Mei).

FIFA bagaimanapun tidak mengiktiraf kemenangan 2-1 Malaysia ke atas New Caledonia pada aksi persahabatan kedua Jelajah Oceania pada 22 Jun lepas kerana tuan rumah didapati menggunakan pembantu pengadil yang tiada dalam senarai terbaharu pembantu pengadil persekutuan itu.

Dua perlawanan lain menyaksikan Malaysia seri 1-1 berdepan Fiji pada 17 Jun serta kalah 0-2 kepada Papua New Guinea pada 26 Jun.

Dalam pada itu, Malaysia mengekalkan kedudukan ke-31 dalam kalangan 46 negara Asia.

Di peringkat ASEAN pula, Thailand menduduki tangga ke-121, Filipina (135), Vietnam (139), Singapura (158) dan Myanmar di tempat ke-160.

Dalam pada itu, naib juara Copa America 2016 Argentina dan Belgium mengekalkan kedudukan di tangga pertama dan kedua selepas masing-masing mengutip 1,585 dan 1,401 mata diikuti Colombia di tempat ketiga dengan 1,331 mata.

Ranking FIFA itu melibatkan 209 negara. – BERNAMA

Tags: Harimau Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video: ‘Menang Tetap Menang!’ – TMJ

02/04/2018
0

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim gembira bukan kepalang dengan kejayaan skuad Harimau Malaysia menewaskan Bhutan 7-0 pada...

Piala Asia 2019: Malaysia Seri Bertemu Hong Kong

06/09/2017
0

SKUAD Harimau Malaya meraih satu mata pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 selepas aksi seri 1-1 ke atas Hong Kong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd