• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MPN Tolak Teori Jus Nanas Penawar Alternatif Ubat Batuk

oleh AK-47
15/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIRAL di laman sosial baru-baru ini sebuah perkongsian daripada pengguna media sosial berkenaan ‘homemade’ ubat batuk yang diperbuat daripada buah nanas yang dikhabarkan sesuai untuk merawat batuk dalam kalangan bayi.

Menerusi artikel yang disebarkan itu mendakwa khasiatnya adalah lima kali ganda lebih baik daripada sirap ubat batuk yang terdapat di farmasi.

Namun dakwaan itu disangkal oleh Majlis Profesor Negara (MPN) yang menolak teori tersebut mengatakan ia merupakan penawar alternatif bagi menggantikan sirap ubat batuk yang sedia ada.

Menurut laporan daripada sebuah laman akhbar tempatan, Timbalan Ketua Kluster Perubatan dan Sains Kesihatan MPN, Profesor Datuk Dr. Ahmad Zubaidi Abd Latif berkata, jus nanas yang tinggi dengan kandungan asid itu tidak sesuai untuk sistem penghadaman bayi yang belum matang.

Malah secara tadisionalnya, jus buah berkenaan digunakan oleh orang zaman-zaman dahulu untuk melembutkan daging.

“Secara umumnya jus nanas boleh menyebabkan sakit perut, sembelit dan masalah penghadaman.

“Jika dikatakan jus nanas boleh mengubati batuk yang dialami bayi, ia agak sukar untuk dibuktikan keberkesanannya,” katanya.

Jelas Zubaidi lagi, dakwaan yang mengatakan jus nanas lebih baik dari ubat batuk biasa adalah belum terbukti secara saintfik, namun kandungan vitamin C dan enzim yang terdapat di dalamnya mampu mengurangkan keradangan pada bahagian tekak.

“Setiap ubat batuk yang ada perlu menjalani ujian klinikal dan dikaji keberkesanannya.

“Jus nanas memang tidak sesuai untuk bayi dan susu ibu masih menjadi sumber pemakanan utama,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, buah nanas atau jusnya mempunyai banyak khasiat untuk orang dewasa, antaranya mencegah penyakit katarak, asma, melancarkan pencernaan dan banyak lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MPNnanasubat batuk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

WHO Siasat Pengilang Ubat Batuk Tercemar Akibatkan Kematian 300 Kanak-kanak

WHO Siasat Pengilang Ubat Batuk Tercemar Akibatkan Kematian 300 Kanak-kanak

26/01/2023
0

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang menyiasat sama ada terdapat sebarang kaitan antara pengilang sirap batuk tercemar dengan kematian lebih...

Hanya Jemaah Menteri Boleh Bubar MPN

Hanya Jemaah Menteri Boleh Bubar MPN

06/10/2022
0

KUALA LUMPUR : Kuasa bagi membubarkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) tertakluk kepada Jemaah Menteri dan kerajaan, kata Menteri Kewangan, Tengku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd