• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fesyen Rambut ‘Pompadour’ Digilai Masa Kini

oleh Ahmad Albab
13/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rambut ‘Pompadour’ yang merupakan gaya rambut Raja Rock & Roll 1950-an dan 1960-an, Elvis Presley adalah antara fesyen rambut yang digilai remaja lelaki masa kini.

Pompadour, fesyen rambut wanita yang namanya diambil sempena nama Madame de Pompadour iaitu gundik Raja Louis XV, kini lebih tipis di bahagian tepi dan bersambung dengan jambang dan janggut, manakala rambut di bahagian tengah dibiarkan lebat dan beralun.

Pakar dandanan rambut di Salon Hair Groom, Chille Wong berkata golongan lelaki kini amat sensitif dengan fesyen rambut dan sering memastikan rambut mereka sentiasa kelihatan bergaya mengikut trend semasa.

Selain ‘Pompadour’, satu lagi gaya rambut yang semakin digilai golongan remaja lelaki di negara ini ialah ‘Undercut’ kerana ia membuatkan lelaki kelihatan lebih segak dan kemas.

“Undercut merupakan gaya rambut yang menampilkan potongan rambut pendek dan nipis di tepi kepala dan rambut panjang di atas. Ia adalah gaya potongan rambut klasik belah tepi dengan mempunyai garisan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Chille menjelaskan gaya rambut watak James Darmody yang dipegang Michael dalam siri Broadwalk Empire itu sesuai bagi lelaki yang mempunyai rambut lurus dan bergelombang dan ia juga bersesuaian untuk pelbagai acara atau majlis.

“Fesyen rambut ‘Undercut’ ini juga digemari ahli sukan terutama pemain bola sepak kerana kemas dan bergaya,” katanya.

Menurutnya semua gaya rambut bergantung kepada jenis rambut yang dimiliki sama ada lembut, nipis atau tebal.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengusaha Jurugaya Rambut India Malaysia, A.K Selvan Krishnan berkata ketika ini terdapat trend remaja lelaki lebih gemar menghabiskan masa dan duit untuk rambut yang bergaya.

Beliau berkata pelbagai gaya rambut termasuk ‘Uppercut’, ‘Undercut’ dan ‘Mohawk’ dipengaruhi bintang bola sepak serta penyanyi antarabangsa seperti Cristiano Ronaldo dan Justin Bieber.

Beliau berkata fesyen rambut yang diperagakan merupakan trend semasa yang tidak mempunyai jangka masa yang tetap.

“Fesyen rambut dapat dilihat menjadi-jadi dalam kalangan remaja lelaki khususnya dalam lingkukan usia 18 hingga 25 tahun dan fesyen rambut juga bergantung pada kerjaya seseorang,” jelasnya.

Selvan berkata fesyen rambut juga mendatangkan masalah apabila pelajar sekolah rendah dan menengah terikut-ikut dengan fesyen rambut yang popular, sedangkan ia bertentangan dengan peraturan sekolah.

“Selalunya pelajar sekolah yang memotong rambut mengikut fesyen seperti ini akan datang balik pada keesokan harinya untuk gunting semula selepas ditegur oleh guru,” katanya.

Banyak lagi fesyen rambut yang turut menarik perhatian remaja lelaki seperti Fade, Man Bun, Top Knot, Swoop dan Bed-head, dan mereka hanya perlu ‘tepuk dada tanya selera’ untuk kelihatan trendy, jelas Selvan. – BERNAMA

Tags: Fesyenrambut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Opick Diberi Amanah Simpan Rambut Rasulullah SAW

13/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Rezeki berpihak kepada penyanyi lagu ketuhanan dari Indonesia, Opick apabila diberi kepercayaan untuk menjaga sehelai rambut milik...

Peraga Fesyen Terkini Di Dalam Bilik Persalinan

19/02/2019
0

LONDON - Seorang budak perempuan berusia 12 tahun merakamkan sendiri gambar-gambar yang menunjukkan dia memperagakan pakaian berjenama di dalam bilik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd