• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Beli 100 Unit Pesawat A321neo

oleh AK-47
13/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – AirAsia menandatangani tempahan dengan Airbus bagi pembelian 100 pesawat A321neo, menjadikannya tempahan pertama oleh syarikat penerbangan tambang rendah itu bagi model terbesar kumpulan A320 yang paling laris dijual.

Pengumuman yang dibuat di Pameran Udara Farnborough di England itu menyaksikan jumlah model A320 yang ditempah AirAsia meningkat kepada 575, mengesahkan kedudukannya sebagai pelanggan syarikat penerbangan terbesar bagi produk satu lorong Airbus.

Pesawat A321neo dengan 240 tempat duduk itu akan membolehkan syarikat penerbangan tersebut meningkatkan kapasitinya di samping mendapat manfaat daripada kos operasi terendah dalam kategori satu lorong.

“A321neo akan beroperasi di laluan paling popular kami dan terutamanya di lapangan terbang dengan kekangan prasarana,” Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Airbus.

Beliau berkata tempahan baru itu akan membolehkan AirAsia membawa kuantiti penumpang yang lebih ramai dengan slot yang sama, yang sekali gus menyediakan manfaat segera kepada lapangan terbang.

“Ini termasuk, operasi lebih cekap, hasil tinggi daripada caj perkhidmatan penumpang dan lebih banyak pembelian runcit lapangan terbang,” katanya.

Pesawat A321neo akan membantu AirAsia menampung peningkatan permintaan serta mengurangkan kos tempat duduk setiap kilometer dalam kumpulan itu, yang akan membawa kepada tambang udara lebih murah kepada pelanggan, kata Fernandes.

“Kami amat gembira menerima tambahan tempahan daripada AirAsia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Airbus, Fabrice Brégier.

“Ini merupakan satu lagi sokongan padu kepada kumpulan pesawat satu lorong terbesar kami, yang kini merupakan peneraju dalam kategori 200-lebih tempat duduk.

“Kami tidak sabar untuk melihat pesawat A321neo terbang bersama AirAsia dan menyumbang kepada kejayaan berterusan syarikat penerbangan itu sebagai satu daripada syarikat penerbangan tambang rendah utama dunia,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd