• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wadi Al-Salaam: Tanah Perkuburan Terbesar Di Dunia

oleh AK-47
13/07/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RATUSAN ribu batu penanda, nisan dan makam yang berselerakan di Wadi Al-Salaam; bermaksud Lembah Damai adalah sebuah tanah perkuburan Islam yang terletak di kota suci Najaf, Iraq.

Meliputi kawasan seluas mata memandang sebesar 1,485 ekar dan mengandungi berjuta-juta jasad pengamal Syiah ini menjadikan Wadi Al-Salaam salah satu daripada pesaing kuat untuk gelaran tanah perkuburan terbesar di dunia.

Najaf sendiri merupakan salah satu daripada bandar-bandar terbesar Iraq, dengan jumlah penduduk hampir 600,000 orang.

Perkuburan Wadi Al-Salaam juga merupakan satu-satunya tanah perkuburan di dunia di mana proses pengebumian masih berterusan hingga ke hari sejak lebih 1,400 tahun lalu.

Sehingga kini dianggarkan ada sejumlah lima juta kubur di sana.

Wadi Al-Salaam: Tanah Perkuburan Terbesar Di Dunia
Tanah perkuburan yang meliputi kawasan seluas mata memandang sebesar 1,485 ekar dan mengandungi berjuta-juta jasad pengamal Syiah.
Wadi Al-Salaam: Tanah Perkuburan Terbesar Di Dunia
Jumlah jenazah di Wadi Al-Salaam semakin meningkat oleh kerana pertambahan mangsa yang terkorban dalam peperangan menentang militan Daesh di negara itu.

Antara nabi, raja dan sultan yang dsemadikan di tanah perkuburan ini termasuk Nabi Hud, Nabi Saleh dan Ayatullah Sayyid Muhammad Baqir al-Sadr, serta khalifah terakhir dalam dinasti Khulafa Ar-Rasyidin, Ali Ibn Abi Talib.

Meskipun dianggarkan sebanyak 50,000 jenazah disemadikan di Wadi Al-Salaam setiap tahun, namun dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini jumlah itu semakin meningkat oleh kerana pertambahan mangsa yang terkorban dalam peperangan menentang militan Daesh di negara itu.

Walaupun kawasan tanah perkuburan ini begitu luas, ruangan kosong di Wadi Al-Salaam semakin berkurang terutamanya di kawasan berhampiran makan Imam Ali.

Populariti tanah perkuburan suci ini menjadikan harga sesebuah lot kubur seluas 500 kaki persegi naik daripada AS$1,500 (RM5,948) pada tahun 1991 kepada nilai AS$10,000 (RM39,659.50) hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Iraqkubur
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kubur Zara Qairina Digali Semula Petang Ini

Kubur Zara Qairina Digali Semula Petang Ini

09/08/2025
0

KOTA KINABALU - Proses menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir akan dilakukan pada petang ini selepas permohonan perintah menggali kubur...

‘Ini Kubur Guru Tarekat Kami’

‘Ini Kubur Guru Tarekat Kami’

30/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Penduduk berdekatan tanah perkuburan di Setapak mendakwa kegiatan berzikir seperti yang tular di media sosial sebelum ini dilakukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd