• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Marin Rampas 635 Karton Rokok Seludup

oleh Ahmad Albab
12/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga di sini merampas 635 karton rokok seludup pelbagai jenama dengan nilai anggaran RM101,600 petang semalam.

Timbalan Komander PPM Wilayah Tiga Supt Mohamad Pajeri Ali berkata rampasan berkenaan dibuat dalam serbuan di sebuah stor kedai runcit di Jalan Hutan Setali di sini pada 2.15 petang.

“Semasa pasukan kami membuat pemeriksaan dalam sebuah bilik sejuk beku yang telah rosak di premis tersebut, pihak kami menemukan beberapa kotak berwarna coklat yang berisi karton rokok dipercayai rokok seludup yang terdiri daripada pelbagai jenama,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Mohamad Pajeri berkata antara rokok yang dirampas ialah rokok jenama U2 Full Flavour Merah, June Slims Lights Biru, League Classic Merah, Canyon 200 Menthol Hijau dan John White Putih.

Beliau berkata berikutan rampasan itu seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun yang juga pemilik kedai runcit berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

“Hasil siasatan kami lelaki ini belum ada rekod jenayah dan tangkapan tersebut merupakan yang pertama bagi suspek. Suspek dipercayai antara pengedar rokok seludup itu di sekitar Kuantan,” katanya. – BERNAMA

Tags: PPMRokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

09/09/2025
0

Klang: Polis membongkar kegiatan menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai secara runcit selepas menyerbu sebuah rumah dan kedai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd