• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

25,000 Jemaah Haji Terima Kit Kesihatan CCM

oleh Ahmad Albab
12/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) memberi sumbangan kit kesihatan bernilai RM589,000 kepada seramai 25,000 jemaah untuk tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan CCM, Leonard Ariff Abdul Shatar berkata, sumbangan itu diberi menerusi program Sahabat Korporat Tabung Haji oleh syarikat itu sejak 13 tahun lalu.

“Kit kesihatan ini mengandungi produk yang disahkan halal daripada CCM Pharmaceuticals termasuk Uphamol 650mg untuk memberi kelegaan dengan selamat dan berkesan daripada pening kepala, kesakitan atau demam.

“Ia turut dilengkapi krim Antiseptik Dermoplex untuk mencegah jangkitan dan membantu menyembuhkan luka kecil dan lelas, ruam lampin, lepuh, selaran matahari, gigitan dan sengatan serangga, Donna Glucosamine yang berkesan untuk melegakan sakit otot dan sendi dan Beacolytic Elixir 60ml untuk mengurangkan kahak dan memudahkan pengeluaran kahak apabila batuk,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Leonard Ariff berkata, secara keseluruhannya CCM telah menyumbang sebanyak 454,000 kit kesihatan bernilai RM9 juta melalui program Sahabat Korporat Tabung Haji.

Menurut beliau, ibadah haji diwajibkan ke atas semua umat Islam dan ia membabitkan aktiviti fizikal yang mencabar sertta menuntut kekuatan mental.

Namun, katanya, kebanyakan jemaah akan terlalu asyik mengerjakan ibadah tersebut sehingga mengabaikan kesihatan.

“Tambahan pula dengan penyebaran virus mudah berjangkit, jemaah perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri bagi membolehkan mereka memberi tumpuan penuh kepada ibadah haji,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Hajijemaah haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd