• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seekor Tapir Malaya Mati Dilanggar Di Pahang

oleh Ahmad Albab
11/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERITA kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan kematian bukan perkara yang asing di negara ini memandangkan ia sudah saban hari dihidangkan dalam laporan semasa.

Namun, kisah kemalangan yang melibatkan haiwan sering kali tidak diberi perhatian dan boleh dikatakan langsung tidak meninggalkan kesan kepada pihak yang berkaitan.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah mencatatakan Tapir sebagai salah satu haiwan yang paling banyak menjadi mangsa korban kes dilanggar kenderaan pengguna jalan raya.

Pada awal pagi ini, seekor Tapir Malaya berusia dalam anggaran 7 tahun ditemui mati akibat dilanggar oleh sebuah kereta Proton Saga bewarna kelabu di Gambang, Pahang.

Seekor Tapir Malaya Mati Dilanggar Di Pahang

Pemandu kereta itu dikatakan tidak dapat mengelak Tapir tersebut dan telah melanggarnya sebelum terbabas ke dalam hutan berdekatan.

Seekor Tapir Malaya Mati Dilanggar Di Pahang

Seekor Tapir Malaya Mati Dilanggar Di Pahang

Seekor Tapir Malaya Mati Dilanggar Di Pahang

Ini merupakan kemalangan ketiga yang melibatkan Tapir sebagai mangsa korban di kawasan berdekatan Gambang dalam tahun ini.

Kejadian ini dipercayai berpunca daripada ancaman seperti penerokaan hutan, pembalakan dan pembinaan penempatan sehingga menyebabkan Tapir keluar dari habitat asalnya dan masuk ke kawasan berhampiran untuk mencari sumber makanan.

Terdapat juga kesan tembakan di badan Tapir tersebut dan kuku hadapannya juga telah dipotong oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Satu bentuk perbuatan yang amat zalim.

Seekor Tapir Malaya Mati Dilanggar Di Pahang

Seekor Tapir Malaya Mati Dilanggar Di Pahang

Menurut sumber, tapir tersebut dikatakan telah ditembak semasa proses pembalakan dihutan berhampiran kawasan tersebut dilakukan.

Kulit Tapir malang itu juga telah dipotong tanpa belas sehingga menampakkan isinya tetapi tidak dapat dipastikan adakah ia dilakukan selepas dilanggar ataupun semasa berada di dalam habitatnya.

Seekor Tapir Malaya Mati Dilanggar Di Pahang

Sebaiknya, kawasan hutan di Gambang dijadikan sebagai kawasan konservasi Tapir bagi melindungi spesis ini dan segala proses pembersihan hutan perlu dikurangkan bagi mengelak kejadian seperti ini berulang kembali.

Perangai rakus pembalakan tanpa had perlu dihentikan bukan sahaja di Pahang malah semua negeri lain sebelum hutan kita habis sepenuhnya.

Statistik tipu kononnya hutan kita masih melebihi 50 peratus keluasan negara juga harus diperbetulkan segera.

Sebanyak 35 ekor Tapir Malaya mati akibat dilanggar kenderaan telah direkodkan bagi tempoh antara tahun 2010 hingga penghujung tahun 2015, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir. Hamim Samuri.

Tapir Malaya merupakan alah satu daripada empat spesies Tapir yang terdapat di dunia dan ia merupakan antara spesis yang digelar ‘pemalu’ kerana akan mengelak dari ditemui oleh habitat lain.

Ia hanya terdapat di Asia Tenggara iaitu di Utara Myanmar, Thailand, Indonesia dan Semenanjung Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Tags: gambangPahangpengguna jalan rayatapir malaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd