• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Kertas Rompak Bank Di Singapura

oleh Ahmad Albab
10/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Polis Singapura memburu seorang lelaki yang merompak sebuah bank dan melarikan wang tunai berjumlah S$30,000 (RM89,571) dengan menggunakan sekeping kertas.

Lelaki Kaukasia itu dilaporkan masuk ke sebuah bank Standard Chartered pada waktu tengah hari kelmarin dan menyerahkan sekeping nota tuntutan kepada seorang petugas.

Satu sumber berkata, beberapa minit kemudian, lelaki itu keluar dengan membawa wang tunai berjumlah S$30,000.

Jurucakap polis semalam mengesahkan rompakan berkenaan dan memberitahu tiada senjata digunakan dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan isi kandungan nota yang diserahkan suspek kepada petugas bank.

Akhbar Straits Times melaporkan, pihak berkuasa memburu suspek yang dipercayai seorang lelaki warga Australia.

Rompakan bank sangat jarang berlaku di Singapura yang mempunyai undang-undang ketat dan larangan keras terhadap pemilikan senjata api, menjadikan bandar itu antara paling selamat di Asia.

Rompakan terakhir berlaku pada November 2008, apabila seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita mengancam juruwang dengan mendakwa membawa beg kertas mengandungi bom.

Namun, juruwang berkenaan tidak mempercayai dakwaan lelaki itu yang kemudian ditangkap petugas bank terbabit. – AFP/myMetro Online

Tags: rompakanSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd