• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ancaman Daesh: Cadang Visa Kawal Rakyat Timur Tengah

oleh
09/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT - Majlis Keselamatan Negara (MKN) mencadangkan agar kerajaan Malaysia memperkenalkan visa untuk warga asing terutama rakyat dari negara Timur Tengah.

Ini bagi mengekang ancaman kumpulan militan Daesh menular lebih luas di Malaysia.

Setiausaha MKN, Datuk Seri Alias Ahmad berkata setakat ini, Malaysia hanya mengenakan penggunaan visa kepada 34 daripada 201 negara terutama di benua Afrika.

“Kita melihat sama ada untuk mengenakan visa kepada negara yang terlibat (dengan) pergolakan, ataupun negara-negara yang kita kenal pasti sumber datangnya aktiviti kumpulan militan Daesh.

“Kalau mereka bebas boleh masuk ke negara ini tanpa pemantauan, maka susah untuk kita menjejak mereka apabila mereka berada di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz di Kampung Kubang Batang pada 9 Julai.

Alias berkata pihaknya turut mengarahkan Bank Negara Malaysia serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk memantau transaksi kewangan syarikat Malaysia yang mempunyai hubungan dengan syarikat antarabangsa bagi mengekang penyaluran dana kepada kumpulan militan itu.

Beliau menambah pihaknya juga memantau komunikasi melalui media sosial di dalam dan luar negara serta sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi perisikan luar negara berhubung ancaman Daesh.

“Dengan kerjasama perisikan di dalam dan luar negara, kita harap penyaluran dan pengarahan maklumat melalui media sosial ini kita dapat kekang dan dapat dikurangkan.

“Saya percaya dari segi organisasi Daesh di Malaysia ini, ia dapat dikekang oleh pasukan keselamatan kita terutama oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” ujarnya. – Bernama/HAA

Tags: ArabDaesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd