• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Kor Ming Biadab Dan Wajar Mohon Maaf

oleh Ahmad Albab
09/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Tindakan Anggota Parlimen Taiping, Perak, Nga Kor Ming memuat naik status dalam akaun Facebook (FB) miliknya menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri disifatkan sebagai tindakan biadab dan sengaja mencari publisiti murahan.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perbuatan itu juga menyinggung perasaan umat Islam dan tidak menghormati amalan tradisi yang telah diamalkan masyarakat Melayu sejak turun temurun.

“Ini merupakan perbuatan biadab dan kurang ajar. Ia tidak patut berlaku kerana pemberian duit raya ini bukan satu perkara baru, tetapi untuk mengembirakan kanak-kanak.

Sebab itu ia diberi kepada golongan itu dan bukannya kepada orang dewasa dan perkara ini juga diamalkan masyarakat Cina yang memberi ang pau semasa Tahun Baru Cina,” katanya.

“Budaya ini sama saja baik kaum Melayu, dan Cina, malah kaum India sendiri pun semasa Depavali kita beri bantuan kepada golongan memerlukan untuk meringankan bebanan mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri 2016 Parlimen Bera di sini hari ini.

Majlis yang diadakan bermula pukul 9 pagi dan berakhir 2 petang itu dihadiri hampir 20,000 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Sehubungan itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menuntut Kor Ming agar segera meminta maaf kerana tindakannya yang tidak bertanggungjawab mempersendakan Aidilfitri dengan menyamakan sedekah duit raya sebagai rasuah dan ‘dedak’.

Di MANJUNG, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pula menyifatkan tindakan Kor Ming sebagai tidak matang.

Zambry berkata sebagai seorang anggota Parlimen dan anggota Dewan Undangan
Negeri yang berpengalaman dan berpendidikan, beliau tidak sepatutnya menulis sesuatu perkara yang boleh mencetuskan kontroversi apatah lagi ketika umat Islam menyambut Aidilfitri.

“Bagi umat Islam ia amat sensitif apabila kita meletakkan sesuatu yang tidak kena pada tempatnya,” katanya kepada pemberita pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2016 dan majlis meraikan perkahwinan anak beliau, Shifa dengan Wan Muhammad Ihsan Wan Sabri di perkarangan Dewan Merdeka.

Dalam pada itu, Zambry berkata dialog karikatur berkenaan merupakan satu bentuk penghinaan yang mana mereka telah menghina tradisi berkurun masyarakat Melayu di negara ini.

“Begitu juga dengan masyarakat Cina, adakah pemberian angpau itu dianggap dedak?, ini adalah perbuatan menghina yang tidak wajar dilakukan,” katanya.- BERNAMA

Tags: Ismail SabriNga Kor Ming
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bantah Iktiraf UEC Golongan Munafik, Puak Pelampau – Nga Kor Ming

Bantah Iktiraf UEC Golongan Munafik, Puak Pelampau – Nga Kor Ming

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming melabelkan pihak yang membantah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai...

Siapa Tidak Setuju ‘Rain Rave’ Boleh Pilih Tinggal Di Rumah, Tidak Perlu Hadir – Menteri KPKT

Siapa Tidak Setuju ‘Rain Rave’ Boleh Pilih Tinggal Di Rumah, Tidak Perlu Hadir – Menteri KPKT

03/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Anda boleh memilih cara hidup anda, tetapi jangan menilai orang lain seolah-olah anda lebih suci daripada mereka....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd