• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Di Madinah, 19 Ditahan

oleh Ahmad Albab
09/07/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Sembilan belas orang termasuk 12 warga Pakistan ditahan di Arab Saudi susulan beberapa serangan nekad Isnin lalu termasuk serangan di kota suci umat Islam Madinah, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri.

Tujuh daripada mangsa dipercayai terbunuh manakala dua cedera dalam serangan berasingan di Masjid Qatif di Madinah dan di barat Jeddah yang terletak tidak jauh dari Konsulat Amerika Syarukat.

Seorang lelaki Arab berusia 26 tahun dikenali sebagai Naer Moslem Hammad al-Balawi, yang dikatakan pernah terbabit dalam penyalahgunaan dadah dikenal pasti sebagai dalang serangan di Madinah, kata kementerian itu yang disiarkan agensi berita SPA hari ini.

Serangan di Qatif pula menurut kementerian itu dilakukan oleh tiga suspek pengganas, termasuk seorang bernama Abderrahman Saleh Mohammed al-Amr, 23, yang menurut agensi keselamatan pernah menyertai beberapa tunjuk perasaan.

Sementara serangan di Jeddah pula disyaki dilakukan seorang lelaki Pakistan yang dikenali sebagai Abdullah Qalzar Khan, seorang pemandu yang tinggal di bandar berkenaan selama lebih 12 tahun.

Empat orang maut dalam letupan di Masjid Nabi di Madinah ketika umat Islam bersiap untuk menyambut Aidilfitri sebagai mengakhiri amalan puasa sepanjang bulan Ramadan.

Dua pegawai polis dilaporkan cedera dalam serangan di Jeddah. – AFP/BH ONLINE

Tags: letupan bomMadinah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tamim Dahri Berada Di Madinah?

Tamim Dahri Berada Di Madinah?

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu akaun di platform Threads menggunakan nama Tamim Dahri menimbulkan persoalan apabila memuat naik rakaman...

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

07/05/2024
0

Kota Bharu : Dua rakyat Malaysia antara lapan individu cedera dalam kejadian bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd