• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBB Kutuk Israel Bina Penempatan Di Tebing Barat

oleh Ahmad Albab
09/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pada Isnin mengutuk keputusan Israel untuk mewujudkan kawasan penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur serta menggesanya membatalkan dengan serta-merta keputusan itu “demi memelihara keamanan dan status keadilan persetujuan akhir yang telah dicapai”.

“Setiausaha agung mengkritik sekeras-kerasnya keputusan pihak berkuasa Israel untuk meneruskan rancangan membina kira-kira 560 unit rumah di kawasan penempatan Maale Adumim, Tebing Barat dan 240 unit di beberapa kawasan di Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

“Ini menimbulkan persoalan jelas tentang niat jangka panjang Israel, yang diperkukuhkan lagi oleh kenyataan beberapa menterinya yang menyeru agar lebih banyak tanah dirampas di Tebing Barat.

“Setiausaha agung sangat kecewa kerana pengumuman itu dibuat hanya empat hari selepas Kuartet Timur Tengah menyeru Israel menghentikan dasarnya membina dan meluaskan penempatan, kata kenyataan yang dikeluarkan jurucakap Ban.

Kuartet Timur Tengah itu – Rusia, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan PBB – mengemukakan syor tersebut dalam laporan mengenai langkah untuk mengatasi halangan terhadap penyelesaian dua negara.

Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat juga mengesahkan pada Isnin bahawa pada malam sebelumnya, pihak berkuasa Israel merobohkan dua unit kediaman di Kem Pelarian Qalandia di Tebing Barat yang diduduki.

Jurucakap UNRWA, Chris Gunness menyifatkan tindakan itu sebagai suatu bentuk “hukuman secara kolektif yang tidak sah mengikut undang-undang antarabangsa” kerana “ia mengakibatkan kesusahan dan penderitaan terhadap mereka yang tidak melakukan perbuatan yang membawa kepada tindakan meroboh kediaman itu serta membahayakan manusia dan harta di kawasan berkenaan”.

Menurut diplomat di PBB, rakyat Palestin dan Israel semakin hilang keyakinan terhadap komitmen satu sama lain mengenai kewujudan dua negara secara sebelah menyebelah secara aman, selamat dan saling diiktiraf pada masa akan datang.

“UNRWA mengutuk perbuatan merobohkan tempat kediaman sebagai hukuman kolektif dan mengingatkan Israel sebagai kuasa yang melakukan pendudukan bahawa menurut undang-undang kemanusiaan antarabangsa, ia berkewajipan melindungi manusia yang wilayahnya diduduki dan menyediakan perkhidmatan untuk mereka,” kata Gunness.

Satu daripada syor Kuartet Timur Tengah itu ialah kepimpinan Palestin perlu meneruskan usaha mengukuhkan institusi, menambah baik tadbir urus dan membina ekonomi mapan, manakala Israel pula perlu mengambil segala langkah perlu untuk membolehkan proses itu berjalan lancar, sejajar dengan syor Jawatankuasa Perhubungan Ad Hoc. – BERNAMA

Tags: IsraelIsu BaitulmaqdisPBBTebing Barat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Komander Batalion Israel Dilapor Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Lubnan

Komander Batalion Israel Dilapor Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Lubnan

19/06/2026
0

Oleh Mynewshub LUBNAN _ Israel (IDF) mengesahkan seorang pegawai kanan mereka terbunuh ketika operasi ketenteraan di selatan Lubnan, dalam insiden...

Iran Gantung MOU Dengan AS Selepas Israel Tetap Buat Kurang Ajar Serang Lubnan

Iran Gantung MOU Dengan AS Selepas Israel Tetap Buat Kurang Ajar Serang Lubnan

19/06/2026
0

Oleh Mynewshub  TEHRAN, 19 Jun — Iran dilaporkan menggantung keseluruhan tempoh rundingan selama 60 hari bersama Amerika Syarikat (AS) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd