• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kos Sara Hidup Naik, OKU Harap Elaun Naik

oleh AK-47
05/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) – Kadar Elaun Pekerja Cacat (EPC) dan bantuan am untuk Orang Kurang Upaya (OKU) perlu dinaikkan dengan mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat, menurut seorang pejuang bagi golongan itu.

Anggota Majlis Kebangsaan bagi OKU Senator K. Bathmavathi berkata kadar elaun dan bantuan yang diberikan hari ini dilihat tidak lagi relevan.

“Sekarang ini OKU bekerja yang berpendapatan kurang RM1,200 menerima EPC RM350 sebulan dan kita harap ia dinaikkan sehingga RM500.

“Kita dapati jumlah yang diberikan sekarang ini tidak lagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup tinggi buat masa kini,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga berharap kerajaan menaikkan kadar bantuan am kepada OKU tidak bekerja daripada RM250 kepada RM300 sebulan.

Bathmavathi yang juga Presiden Persatuan Wanita Kurang Upaya Malaysia berkata beliau telah membawa perkara itu ke pengetahuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan berharap ia dipertimbangkan.

Menurutnya, pemberian elaun dan bantuan am pada masa ini kepada OKU dibuat tanpa menyelidik bahawa ada sebahagian daripada mereka perlu menanggung perbelanjaan tinggi bagi menyara keluarga yang besar.

Dalam pada itu, beliau mengesyorkan supaya kerajaan menyediakan seorang doktor pakar kanak-kanak di setiap daerah bagi melakukan pemeriksaan penilaian ke atas anak-anak OKU terutama yang mempunyai masalah pembelajaran.

“Saya pernah mendapat rungutan daripada ibu bapa yang terpaksa menunggu sehingga dua tahun bagi memeriksa anak mereka kerana kekurangan doktor pakar kanak-kanak,” katanya

Katanya, kesukaran sebilangan ibu bapa untuk mendapatkan khidmat doktor pakar itu mengakibatkan mereka berputus asa dan hanya ‘simpan’ anak mereka di rumah sahaja.

“Ini merugikan anak itu kerana tidak diberi pendedahan sewajarnya seperti mendapat peluang pembelajaran khusus yang memberi peluang kepada mereka untuk berdikari tanpa mengharap bantuan sepenuhnya daripada ibu bapa apabila dewasa kelak,” katanya. – BERNAMA

Tags: OKU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd