• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurutera Muda Cipta Bas Elektrik Pertama Negara

oleh Ahmad Albab
04/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bas elektrik bakal beroperasi di ibu kota pada pertengahan 2017.

Menariknya, ia adalah hasil kepakaran dan kemahiran sepasukan 30 jurutera muda lulusan universiti tempatan yang mencipta bas elektrik buatan negara pertama itu.

Idea menghasilkan teknologi hijau itu berikutan ia kini mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran dan kos penyelenggaraannya adalah minimum berbanding penggunaan bas konvensional.

Ketua Pegawai Operasi Sync R&D Sdn. Bhd., Nurulhanom Laham berkata, kejayaan 30 jurutera muda itu amat membanggakan kerana mereka masih baharu dalam membangunkan teknologi seperti itu selain kejuruteraannya hanya dimiliki negara China.

“Sebenarnya banyak permintaan daripada pengusaha bas namun bekalan agak terhad selain kurang kemudahan penggunaan kenderaan elektrik seperti stesen pengecas,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Projek itu yang bermula sejak 2011 telah dipatenkan sebagai Elektrik Bas Inovasi Malaysia (EBIM).

Nurulhanom berkata bas elektrik itu mampu menjimatkan kos operasi pengusaha bas di negara ini sehingga 60 peratus iaitu penjimatan lebih RM300 juta setahun berbanding penggunaan tenaga diesel.

Jelasnya, bas elektrik itu dibuat mengikut spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan dan United Nations Economic Commission for Europe yang membolehkan ia beroperasi dengan selamat di atas jalan raya.

“Ia kini sudah di peringkat akhir iaitu ujian dan pengsijilan bagi menjamin setiap komponen kenderaan itu berada di tahap terbaik dan selamat serta memenuhi standard sebelum ia boleh dipasarkan,” katanya.

Teknologi baterinya mampu menggerakkan bas sejauh 200,000 kilometer selaras dengan purata perjalanan operasi bas di ibu kota untuk sehari, katanya.

Jelasnya proses reka cipta menelan belanja kira-kira RM30 juta itu bakal siap sepenuhnya Ogos ini dan dijangka dapat digunakan di atas jalan raya pada pertengahan 2017.

Sementara itu, seorang daripada jurutera muda terlibat Mohd. Elyas Ariff Shaibudin, 28, berkata walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam rekaan bas elektrik, itu bukan penghalang untuk beliau memanfaatkan kemahiran dipelajarinya di universiti.

Mengakui tidak mudah menghasilkan inovasi itu tanpa bimbingan pakar, graduan kejuruteraan mekanikal Universiti Malaya itu berkata peluang itu sebaliknya telah mendorong jurutera muda sepertinya berfikiran lebih kritis dan kreatif.

Bagi Nizamuddin Daud, 28, pula antara cabaran yang perlu dihadapi bagi menjayakan inovasi itu adalah kekurangan sumber rujukan memandangkan kejuruteraan bas elektrik adalah ciptaan baharu yang belum meluas.

“Banyak kali proses percubaan menemui jalan buntu dan gagal tetapi kami berjaya atasinya dengan kerja berpasukan,” katanya. – BERNAMA

Tags: bas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Kelajuan bas persiaran yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Sultan Idris Shah (UPSI) Jun lalu...

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

12/07/2025
0

RANAU – Seramai 22 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd