• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SADA Perlu Kaji Jumlah Penggunaan Air Semasa Musim Perayaan

oleh Ahmad Albab
04/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah mengarahkan Syarikat Air Darul Aman (SADA) untuk menjalankan kajian berhubung kadar penggunaan air semasa musim perayaan bagi memastikan bekalan air di semua tempat mencukupi setiap kali musim perayaan.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kajian itu membolehkan SADA mengetahui kadar sebenar penggunaan air semasa musim perayaan berbanding hari-hari biasa berikutan berlaku pertambahan penggunaan air sepanjang tempoh sesuatu perayaan itu.

“Mereka (SADA) perlu tahu berapa jumlah air yang diperlukan setiap kali musim perayaan, jika tidak itu yang akan menyebabkan bekalan air selalu tidak mencukupi. Penggunaan air memang meningkat kerana ramai yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Jika perlu, SADA perlu menambah jumlah kontraktor bagi memudahkan penghantaran bekalan air di kawasan yang sering terjejas berikutan tekanan air rendah. Tetapi SADA perlu pastikan semua kontraktor yang dilantik menjalankan tugas dan bukannya goyang kaki hingga menyusahkan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Festival Daging Raya Barakah 2016, di sini hari ini.

Ahmad Bashah berkata isu bekalan air tidak mencukupi itu telah dibawa untuk perbincangan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri semalam dan kerajaan negeri telah meminta SADA menambah dan melantik sebanyak mungkin kontraktor bagi mengangkut dan menjalankan penghantaran bekalan air.

“Banyak perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak SADA, namun bagi jangka masa pendek ini kita minta SADA pastikan bekalan air mencukupi sepanjang tempoh seminggu untuk menyambut hari raya ini manakala bagi tempoh panjang pula SADA perlu segera mencari jalan penyelesaian kepada isu ini,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Bashah telah merasmikan program Festival Daging Raya Barakah 2016 di perkarangan Stadium Darul Aman di mana sebanyak 210 ekor lembu akan dijual di seluruh Kedah dengan harga lebih murah berbanding harga di pasar-pasar besar iaitu sebanyak RM22 sekilogram.

“Kalau harga pasaran, ia dijual antara RM29 hingga RM32 sekilogram dan ini menunjukkan harga yang ditawarkan (di festival ini) jauh lebih murah kerana kita ingin pastikan rakyat Kedah dapat membeli bekalan daging yang segar dan murah.

Tetapi setiap orang hanya dihadkan boleh membeli hanya dua kilogram daging sahaja.

“Program kali kedua ini dilihat mendapat sambutan baik daripada rakyat Kedah dan kita akan pastikan ia akan dikekalkan untuk tahun-tahun akan datang demi meringankan bebanan rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md HanipahSADA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sada Henti Operasi Empat LRA

10/05/2022
0

Alor Setar : Operasi empat Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini terpaksa dihentikan berikutan kejadian runtuhan ban kanan Terusan...

Rakyat Kedah Diminta Bersabar Hadapi Krisis Air

07/05/2022
0

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor meminta rakyat negeri ini bersabar dengan masalah bekalan air yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd