• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Satu Lagi Kes Difteria Dilaporkan Di Kedah

oleh Ahmad Albab
04/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu lagi kes difteria dilaporkan di Kedah, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 14 kes dengan lima kematian di seluruh negara sehingga Sabtu lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes terbaharu itu melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun yang demam sejak 26 Jun lalu.

“Tiga hari kemudian pesakit mengalami sawan dan dirujuk ke sebuah hospital di Kedah dan dimasukkan ke wad. Namun keadaan pesakit bertambah teruk di mana pada Jumaat lepas (1 Julai) pesakit memerlukan bantuan peralatan pernafasan.

“Pesakit kemudiannya dirujuk ke pusat perubatan di Kuala Lumpur dan ujian makmal mengesahkan bahawa ia positif difteria,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kes terbaharu ini adalah kes sporadik (terpencil) dan tiada hubung kait dengan enam kes terdahulu.

“Rawatan profilaksis telah diberikan kepada semua kontak kes baru ini dan langkah-langkah pencegahan dan kawalan telah dijalankan,” katanya.

Noor Hisham berkata setakat ini, tiga kes dikesan di Melaka dengan satu kematian, Kedah (tujuh kes dengan satu kematian) dan Sabah (empat kes dengan tiga kematian).

Beliau berkata Johor turut melaporkan satu kes disyaki difteria membabitkan kanak-kanak lima tahun yang mempunyai sejarah demam dan sakit tekak.

Pesakit berkenaan tidak mendapat imunisasi lima serangkai yang lengkap dan keputusan ujian makmal masih belum diperoleh, katanya.

Dr Noor Hisham turut menasihatkan ibu bapa agar menyemak semula status imunisasi anak-anak mereka dengan memastikan anak-anak di bawah umur tujuh tahun telah mendapat imunisasi lima serangkai yang lengkap supaya perlindungan optima dapat diberikan.

“Semoga langkah proaktif semua pihak akan dapat meningkatkan imuniti kelompok dan membendung kejadian difteria daripada terus menjadi masalah kesihatan awam,” katanya. – BERNAMA

Tags: Difteria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Difteria: 8 Individu Dikuarantin Selepas Ada Simptom

18/10/2018
0

JOHOR BAHRU, 18 Okt (Bernama) -- Lapan individu dipercayai berhubung dengan kanak-kanak berusia 14 bulan yang maut akibat difteria di...

Kematian Difteria Di Sabah Bukan Rakyat Malaysia

08/08/2017
0

SANDAKAN – Seorang kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia akibat penyakit Difteria di daerah ini pada 26 Julai lepas adalah bukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd