• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

144 Warga Asing Diperiksa Dalam Ops Rantau Di Timur Laut

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seramai 144 warga asing daripada pelbagai negara diperiksa dalam Ops Rantau yang dijalankan di sekitar daerah Timur Laut di sini, pada Jumaat.

Jurucakap Jabatan Imigresen Pulau Pinang (JIPP) berkata dalam operasi bermula 8 malam itu, pihaknya dengan kerjasama polis menjalankan pemeriksaan di empat lokasi, iaitu dua di tapak pembinaan di Jelutong, pasar borong Pulau Mutiara dan rumah kongsi di Lebuh Queen, di sini.

“Semasa operasi itu, ada juga warga asing yang cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa tapi gagal kerana kami terlebih dahulu mengepung kawasan mereka,” katanya di sini hari ini.

Katanya daripada 144 warga asing yang diperiksa itu, 11 ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri, tinggal lebih masa dan salah guna pas lawatan sosial.

Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki warga Indonesia, empat lelaki India dan dua lelaki Bangladesh.

Jurucakap itu berkata mereka yang ditahan itu bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan dan pembantu gerai di pasar borong.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kebanyakan mereka telah bekerja di negeri ini, sejak beberapa bulan lepas.

“Kesemua mereka berusia 30 hingga 50 tahun dibawa balik ke pejabat JIPP di Seberang Jaya untuk didokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Juru bagi siasatan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Imigresenwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

10/09/2026
0

PREMIS perniagaan termasuk kedai runcit dan makanan yang dioperasikan oleh pekerja asing sudah tidak lagi asing di negara ini. Menggunakan...

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd