BERLIN – Seorang lelaki Jerman membawa dendam di hati sampai ke mati apabila menulis sendiri pengumuman kematiannya di ruangan iklan obituari akhbar, beserta pesanan melarang adik beradiknya dan keluarga mereka menghadiri majlis pegebumiannya.
Pesanan Hubert Martini, 64, itu diterbitkan dalam sebuah akhbar di barat Jerman Barat, 29 Jun lalu.

Associated Press menerusi sumber berita DPA melaporkan, Martini menggambarkan dirinya sebagai seorang yang jujur dan terbuka namun sukar memaafkan.
Tidak dapat dipastikan apakah punca Martini begitu berkeras enggan memaafkan lima saudara kandungnya dan keluarga mereka namun dalam satu catatannya dia dikatakan mengaku telah menyakiti hati beberapa orang namun tidak menyesal melakukannya.
Menurut seorang jururawat yang merawat Martini, Martina Schmidt, lelaki itu cuma ingin membalas dendam dengan membuatkan anggota keluarganya hidup dengan penyesalan. – MYNEWSHUB.CC


