• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Aziz Singgah Selamat Dikebumikan Di Rembau

oleh Ahmad Albab
02/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Jenazah pelakon veteran Datuk Abdul Aziz Singah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bongek Acheh dekat sini, hari ini.

Jenazah Allahyarham tiba di sini pada kira-kira 11 pagi selepas disembahyangkan di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor pada 8 pagi tadi.

Jenazah kemudiannya disembahyangkan sekali lagi di Masjid Kariah Kampung Bongek sebelum dikebumikan sebelah pusara ibunya.

Abdul Aziz, 75, meninggal dunia akibat kanser prostat di kediamannya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor kira-kira 11.30 malam tadi.

Kira-kira 250 orang terdiri daripada anggota keluarga, saudara mara dan rakan artis dan pengiat seni tanah air hadir di tanah perkuburan itu.

Antara rakan artis yang hadir ialah pelakon S. Sahlan, artis veteran Sharifah Aminah Syed Abdullah, Amran Aman Ramli atau Amran Tompel dan rakan seangkatan Allahyarham Datuk Amin Khan.

Turut hadir Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman.

Abdul Aziz yang begitu popular pada era 1980-an pernah membintangi beberapa drama dan filem seperti PJ Holding, Sate, Maria Mariana dan Impian serta pernah menjadi presiden Persatuan Seniman Malaysia.

Sementara itu, rakan artis menyifatkan Allahyarham semasa hayatnya sebagai seorang rakan yang baik, penyayang dan prihatin dan pemergiannya merupakan kehilangan kepada industri perfileman tanah air.

S. Sahlan, 74, ketika ditemui Bernama berkata beliau mengenali arwah sejak tahun 1960-an lagi dan merupakan rakan paling lamanya.

“Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah ialah pada bulan lepas. Dia ini seorang yang sangat gigih bekerja dan cekal menghadapi cabaran … namun saya terkilan kerana arwah tidak cerita sakit yang dihidapinya sehinggalah saya diberitahu ia telah memasuki tahap empat.

“Pada saya, arwah seorang yang sangat ceria, berfikiran terbuka dan jarang sekali nak melihat dia marah-marah. Kehilangannya amat dirasai,” katanya.

Timbalan Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) Rahim Jailani pula menyifatkan pemergian arwah sebagai kehilangan besar kepada industri lakonan tanah air.

“Saya kenal arwah pada tahun 1980-an di RTM (Radio Televisyen Malaysia). Beliau seorang yang mudah didekati dan mesra dan selalu beri nasihat pada rakan-rakan artis-artis lain. Arwah juga aktif memberi nasihat kepada persatuan ini. Saya berasa amat sedih dengan kehilangannya,” katanya.

Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zulkifli Mohamad atau Zack Kool pula menyifatkan arwah sebagai seorang yang sangat berdedikasi dalam kerjayanya.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Zunita Mohamed dan enam orang anak kesemuanya lelaki. – BERNAMA

Tags: jenazah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

18/01/2026
0

GEORGETOWN: "Jenazah isteri saya, Allahyarham Nadia Kesuma akan dikebumikan di sana. Kami tak akan bawa pulang jenazah ke tanah air...

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

17/10/2025
0

SUBANG: Jenazah seorang pendaki yang ditemui mati di Gunung Liang, Tanjung Malim, selamat dibawa turun dari puncak menggunakan helikopter Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd