• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Apartmen Teratai Dibenarkan Pulang Hari Ini

oleh AK-47
26/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR — Kesemua 1,163 penduduk dua blok Apartmen Teratai di sini yang diarahkan berpindah sementara akibat tanah runtuh sejak Isnin lepas telah dibenarkan pulang kira-kira pukul 3 petang tadi.

Ketua Platun Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Masria Sahi berkata kesemua penduduk telah dibenarkan pulang atas arahan Pegawai Daerah Hulu Selangor Ahmad Suadi Abdul Rahim.

Katanya, mereka juga telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa tiada pergerakan tanah baharu dilaporkan sejak pemasangan cerucuk keping dan kanvas di cerun bukit berkenaan pada 21 Oktober lepas.

“Operasi pemantauan dan pemeriksaan di lokasi kejadian akan diteruskan sehingga esok sementara memastikan proses pemindahan penduduk di apartmen berkenaan berjalan lancar.

“Operasi pemantauan itu dijalankan oleh RELA, polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam serta Persatuan Bulan Sabit Merah,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Kesemua penduduk di blok K dan L di apartmen berkenaan sebelum ini dipindahkan sementara di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 dan Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 2 sejak kejadian tanah runtuh di kawasan itu Isnin lepas.

Tinjauan Bernama mendapati penduduk berkenaan teruja dan gembira apabila dapat pulang rumah masing-masing.

Seorang penduduk Nazaruddin Bidin, 44, berkata beliau dan empat anggota keluarganya menarik nafas lega dan berasa amat gembira setelah dimaklumkan akan khabar baik itu.

“Kami berharap pihak berkuasa dapat menyediakan rumah sementara yang bersesuaian bagi penghuni jika masalah seumpama itu berulang,” katanya.

Fauzi Salleh, 38, yang bekerja sendiri berkata beliau amat bersyukur atas pengumuman berkenaan dan telah lama mengharapkan perkara itu dapat diselesaikan dengan cepat.

“Kami bersyukur kerana dapat kembali duduk di rumah sendiri dan berharap satu tindakan jangka panjang dapat diambil supaya kejadian tanah runtuh ini tidak berulang,” katanya.–BERNAMA

Tags: RumahTerataiterkini
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd